| Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah ini mengikut tatabahasa terkini? 1. Laksa Penang atau laksa penang atau laksa Penang? 2. Nasi Goreng Kampung atau nasi goreng kampung atau nasi goreng Kampung? 3. Teh Ais atau teh ais? 4. Mi Hailam atau mi hailam? 5. Nasi Arab atau nasi arab atau nasi Arab? Bolehkah tuan jelaskan garis panduan terkini untuk menulis nama makanan yang melibatkan nama tempat atau kaum? Terima kasih. | Untuk nama menu yang melibatkan nama tempat atau kaum, penggunaan huruf besar tidak diperlukan kecuali dijadikan tajuk buku atau artikel. Oleh itu, nama makanan atau menu hendaklah ditulis dengan huruf kecil: 1. laksa penang 2. nasi goreng kampung 3. teh ais 4. mi hailam 5. nasi arab | Lain-lain | 17.09.2025 |
| ice honey lemon tea dalam bahasa malaysia ialah teh madu limau ais, teh limau madu ais atau teh limau ais madu? | Padanan yang sesuai ialah teh limau madu ais. | Lain-lain | 02.11.2018 |
| Baru-baru ini, murid saya telah diberitahu oleh penceramah bahawa penggunaan kata " teh o ais limau " itu salah. Penggunaan yang tepat ialah " teh o limau ais ". Benarkah begitu ? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "teh o limau ais". | Istilah | 26.05.2010 |
| Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.' | Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais. | Ejaan | 01.05.2021 |