| Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’? | Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
| Lain-lain | 21.03.2021 |
| maksud bagi kuasa autonomi,hidrogen&krimer | Kuasa autonomi ialah kuasa atau hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain). Hidrogen ialah gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air. Krimer ialah serbuk atau cecair berwarna putih yang menggantikan susu dalam minuman teh, kopi dan sebagainya. | Makna | 17.03.2007 |