Bagaimana kita perlu tulis perkataan teka-teki pada judul buku? Teka-teki atau Teka-Teki. Adakah huruf besar diperlukan untuk kedua-dua perkataan ? | Tuan/puan boleh menggunakan TEKA-TEKI atau Teka-teki sebagai judul. | Ejaan | 18.04.2017 |
Salam! Di dalam ayat yang berikut "teka-teki teka tekok...", apakah maksud tekok? Sekian, terima kasih! | Perkataan tekok tidak mempunyai makna dalam konteks tersebut. Dalam karya kreatif, penggunaan sesuatu perkataan lazimnya digunakan untuk menunjukkan ritma dalam sesebuah karya. | Tatabahasa | 03.06.2020 |
Yang mana betul: 'teka silangkata' atau 'teka silang kata'? | Ejaan yang betul ialah "teka silang kata". | Tatabahasa | 30.05.2011 |
TEKA WASHING MACHINE IN ALL GREAT SMALL MOMENTS | Soalan tidak difahami. Sila hantar semuala soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 24.07.2014 |
Salam Saya mencari istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk 'maze', iaitu istilah Bahasa Inggeris untuk teka-teki yang mencari jalan/laluan/lorong yang betul untuk tiba ke penamat. Bolehkah dicadangkan teka-teki seumpama itu dipanggil 'TEKA LIKU' dalam versi Bahasa Melayu? Harap Tuan/Puan dapat beri pandangan. Terima kasih. Aidah | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuki "maze" ialah pagar sesat (bidang Pendidikan, Psikologi) dan lorongan keliru (bidang Perubatan). Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "maze" ialah teka lorong keliru atau teka laluan keliru. | Istilah | 27.08.2013 |
maksud atau makna teka silang kata dan catur | Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; | Makna | 05.09.2007 |
Salam sejahtera! Ada wujud kata ganda yang berikut: teka-tekaan? Sekian, terima kasih! | Perkataan teka-tekaan bukan dikategorikan sebagai kata ganda. | Lain-lain | 12.08.2020 |
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak. | Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut. | Lain-lain | 03.07.2008 |
Apakah terjemahan bagi perkataan ini 'puzzle game'? Maksud kepingan puzzle disini adalah kepingan-kepingan puzzle; menyusun kepingan ini menjadi satu gambar yang lengkap. | Puan Azeelia, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'puzzle game' ialah teka-teki atau mainan teka-teki. | Istilah | 24.06.2010 |
serangga seperti belalang | Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu sdr menjawab peraduan teka silang kata. | Lain-lain | 24.07.2010 |