Tuan, adakah ayat di bawah ayat majmuk pancangan komplemen? 1. Mereka tekad berjuang untuk negara tercinta. Saya faham bahawa perkataan "untuk" dapat berfungsi sebagai kata komplemen, tetapi ayat di atas tidak berbentuk seperti ayat komplemen. Saya pun tidak mengetahui bentuk ayat di atas, sama ada ayat majmuk pancangan komplemen, atau ayat majmuk pancangan keterangan yang mempunyai ayat keterangan tujuan "untuk negara tercinta". | Ayat "Mereka tekad berjuang untuk negara tercinta" ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat "untuk negara tercinta" ialah keterangan kepada ayat induk "Mereka tekad berjuang" | Tatabahasa | 13.12.2014 |
Saya ingin tahu erti yang tepat tentang Simpulan Bahasa "Berani mati" Di sekolah-sekolah di Singapura Simpulan Bahasa itu mempunyai erti "sangat tekad" . Apakah itu erti sebenarnya? Guru-guru terpaksa gunakan erti di atas sebab telah ditentukan oleh pihak "pakar" Setahu saya, (guru lama) erti itu, membawa makna "orang yang berani dan tidak hiraukan nyawanya ketika melakukan sesuatu atau sangat berbahaya. Harap dapat penjelasan dari pihak tuan/puan. Terima kasih | Encik Khalid terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Secara umumnya kita boleh berikan maknanya sebagai sangat tekad tetapi huraian yang saudara berikan itu adalah lebih tepat maknanya. Terima kasih. | Makna | 13.07.2009 |
Assalam & Selamat Petang, Mohon pihak DBP untuk menyemak ayat & perkataan dalam iklan Hari Kebangsaan seperti di bawah. Terima kasih. Semakin kita berkongsi, Semakin kita saling memahami. Dengan tekad sehati sejiwa, marilah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan kita. Janji kami untuk terus setia di sisi anda, Dipercayai, kualiti, nilai dan prihatin, Kerana anda keutamaan kami SELAMAT HARI KEBANGSAAN daripada Perodua | Selamat pagi, Lihat pembetulan yang berikut: Semakin kita berkongsi, semakin kita saling memahami. Dengan tekad sehati sejiwa, marilah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan kita. Janji kami untuk terus setia di sisi anda, dipercayai, berkualiti, bernilai dan prihatin, kerana anda keutamaan kami. SELAMAT HARI KEBANGSAAN daripada Perodua. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 08.08.2016 |
saya ingin bertanya / mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai untuk menterjemahkan "turnover intention" yang membawa maksud di bawah: Turnover intention is described as "the cognitive process of thinking, planning, and desiring to leave a job. sebelum ini saya membuat penyelidikan tentang "entrepreneurial intention" dengan menterjemahkannya kepada Tekad Keusahawanan." | Belum ada istilah bahasa Melayu untuk turnover intention. Namun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk perkataan tersebut ialah tekad pusing ganti. | Istilah | 31.03.2018 |
Saya dapati Kementerian Pelajaran Singapura menyediakan daftar PERIBAHASA. Satu daripada Peribahasa (Simpulan Bahasa) itu ialah : Berani mati dan pengertiannya ialah orang yang bertekad. Apabila saya cuba mengajar murid-murid saya dengan pengertian "orang yang nekad atau orang yang tidak endahkan keselamatan dirinya, mereka kata itu tidak tepat. Harap pihak tuan dapat beri penjelasannya. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan berani mati sebagai tidak takut mati. Perkataan tekad pula bermaksud berazam atau berniat dalam konteks ini orang yang berazam dan berniat untuk mati. Jika diteliti maksud frasa "tidak takut mati" dan "berazam untuk mati", kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, ada baiknya saudara berbincang dengan panel penulis daftar peribahasa tersebut bagi mengungkapkan maksud sebenar ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 03.07.2011 |