MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA' | Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2009 |
Tuan, apakah terjemahan bagi "Stress Urinary Incontinence"? Adakah "Inkontinens Urinary Tekanan" terjemahan yang betul? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk urinary incontinence ialah inkontinens urinari (bidang Perubatan) dan istilah untuk stress ialah tekanan dan stres (bidang Perubatan). Oleh itu padanan bahasa Melayu yang dicadangkan, iaitu Inkontinens Urinari Tekanan adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 05.10.2011 |
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 2. Pemboleh-pemboleh ubah 3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan 4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7. Bahan toksik 8. Meramalkan taufan | Tatabahasa | 24.11.2011 |
makna atau maksud serta huraian tekanan dan kadar alir | Kadar alir merujuk kepada perihal mengeluarkan sesuatu, seperti air atau kekotoran dari tangki. Tekanan merujuk kepada keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, dan merupakan hasil bahagi daya dengan luas kawasan tindakannya. | Istilah | 23.03.2007 |
Saudara, bagaimana mendapatkan definisi perkataan 'stress' yang mudah difahami | 'Stress' atau tekanan dalam bahasa Melayu bermaksud keadaan resah, cemas, tegang dsb. akibat tekanan mental atau fizikal. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 1526. | Makna | 30.01.2008 |
saya ade masalah tekanan dalam hidup macam mane nak mengatasi masalah saya nie? | Soalan saudara tiada kaitan dengan bahasa, sila rujuk kepada pihak yang berwibawa. | Lain-lain | 09.07.2012 |
WATER PRESSURE | TEKANAN AIR | Istilah | 14.01.2011 |
sy bkerja sbgai cit....mcmane kt nk hadapi satu tekanan kerja????? | Pertanyaan suadara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Sila hubungi kami semula dan kemukakan pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan. | Lain-lain | 02.02.2012 |
Apakah maksud fornem suprasegmental bahasa melayu?. dan apakah contoh-contoh tekanan, nada, jeda dan panjang pendek?. | Mrq, soalan ini terlalu fokus kepada soal tatabahasa dan saya tidak dapat memberikan jawapan yang baik. oleh itu saya harap tuan bolehlah menghubungi pegawai yang lebih mahir dan jika dapat bercakap dengan pegawai yang lebih tinggi di DBP rasanya akan terjawablah soalan sdr. | Tatabahasa | 06.12.2007 |
asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok. | Sdr Fatin, Sila sdr merujuk buku ini: TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye | | Lain-lain | 23.01.2008 |