Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemĀ­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jurnal berkaitan teknologi maklumat1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990-Lain-lain06.08.2007
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat

Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin,  dan tiada istilah torrent.  Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut.

Istilah19.03.2011
definisi frasa demi frasa bagi perkataan berikut:- teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi bermaksud pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.Makna24.12.2007
Saya inginkan kepastian mengenai ejaan atur cara atau aturcara bagi istilah teknologi maklumat dan komunikasi. Saya dapati dalam carian kata bagi istilah MABBIM menggunakan ejaan aturcara bagi istilah teknologi maklumat. MIDI program-change message = mesej tukar aturcara MIDI Contoh ayat: Berikut adalah segmen pseudokod bagi satu aturcara (programme).Ejaan yang betul ialah atur cara.Ejaan06.12.2017
Slm, Mohon pihak tuan/puan periksa ayat di bawah sama ada betul atau salah. 1)Namun, teknologi maklumat haruslah digunakan sebaik mungkin. 2)Selain itu, dengan/melalui teknologi maklumat...Kedua-dua boleh digunaka.Tatabahasa07.07.2015
Apakah terjemahan bagi perkataan "pop-up" dalam konteks teknologi maklumat. Contoh sesuatu halaman yang keluar apabila klik sesuatu folder/aplikasiBerdasarkan rujukan kami, terdapat istilah yang berkaitan dengan perkataan pop-up dalam bidang teknologi maklumat yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. Antaranya seperti yang berikut:
  1. Pop-up menu – menu muncul
  2. Pop-up box – kotak timbul
  3. Pop-up window – tetingkap timbul
  4. Pop-up list box – kotak pilihan pop-naik

Istilah21.03.2022
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat?

Assalamualaikum

Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu.

Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan.

Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang!

Begitulah hebatnya teknologi.

Lain-lain03.11.2010
Information system misalignment. Untuk mendapatkan pandangan bagi menterjemah terminologi teknologi maklumat di atas.Kami mencadangkan istilah "information system misalignment" dalam bidang Teknologi Maklumat diterjemahkan sebagai "salah jajaran sistem maklumat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah11.04.2022
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TKUntuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah27.12.2011
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "emoji" dan "emoticon"? Emoji (kata nama, teknologi maklumat) bermaksud sebuah grafik digital kecil yang digunakan dalam teks digital bagi menyampaikan suatu emosi atau idea. Emoticon pula (kata nama, teknologi maklumat) bermaksud satu gabungan atau susunan aksara yang disertakan dalam teks digital bagi tujuan yang sama. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "emoji" dan “emoticon” ialah emoji dan emotikon.Istilah19.02.2021
12345678910...

Kembali ke atas