Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : teknologi maklumat me­lalui penggunaan komputer dan dlm bidang telekomunikasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merupakan pelajar Sarjana yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah. Saya mempunyai satu kekeliruan istilah iaitu Adakah istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi sama makna dengan istilah Teknologi Komunikasi Maklumat?Istilah yang betul ialah teknologi maklumat dan komunikasi atau singkatannya ICT yang menerima pakai singkatan dari sudut universal. Istilah29.03.2009
definisi frasa demi frasa bagi perkataan berikut:- teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi bermaksud pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.Makna24.12.2007
Saya inginkan kepastian mengenai ejaan atur cara atau aturcara bagi istilah teknologi maklumat dan komunikasi. Saya dapati dalam carian kata bagi istilah MABBIM menggunakan ejaan aturcara bagi istilah teknologi maklumat. MIDI program-change message = mesej tukar aturcara MIDI Contoh ayat: Berikut adalah segmen pseudokod bagi satu aturcara (programme).Ejaan yang betul ialah atur cara.Ejaan06.12.2017
Ini zaman teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ada pihak menganggap singkatan TMK dalam ayat di atas janggal kerana singkatan yang lazim digunakan ialah ICT. Apakah pendirian DBP?Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa.Lain-lain25.06.2007
Apakah istilah dalam bahasa Melayu yang tepat bagi "webinar" (web seminar) yang begitu popular sejak beberapa bulan kebelakangan ini?Perkataan webinar telah diterima dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Webinar bermaksud pembentangan yang disampaikan melalui web. Contohnya, persembahan slaid kuliah, atau bengkel yang dilaksanakan menggunakan kemudahan Internet. Webinar juga boleh melibatkan sesi persidangan video interaktif.Istilah09.07.2020
assalamualaikum...mengapakah perkataan I-CT dieja seperti itu?waalaikumsalam,

Perkataan "ICT" ialah singkatan bagi "Information and Communications Technology" atau dalam bahasa Melayu  ialah "Teknologi Maklumat dan Komunikasi" (TMK). Ejaan yang betul bagi singkatan ini ialah "ICT". Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa.
Ejaan29.03.2013
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic)1. Konsep 'Klik dengan Bijak'
2. Internet
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tatabahasa11.12.2012
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain20.12.2016
Salam, Saya nak tanya mengenai perkataan "selfie"... adakah ia masih boleh digunakan dalam iklan atau hanya boleh menggunakan perkataan "swafoto" ? Saya nampak setengah iklan ada guna "selfie" dan ada juga "swafoto". Saya nak pastikan yang manakah harus diguna. Terima kasih.Waalaikumussalam,
Maksud selfie daripada bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah bermaksud swafoto iaitu mengambil gambar foto dengan usaha sendiri menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital. Di dalam iklan hanya perkataan swafoto sahaja boleh digunakan.
Makna22.11.2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apakah padanan dan terjemahan sesuai bagi istilah 'key enabler' selain daripada terjemahan sedia ada pemboleh utama?"Key enabler" merupakan istilah umum yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah Perniagaan, Perdagangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Massa serta Keibubapaan. Kami mencadangkan istilah ini diterjemahkan sebagai "pemboleh utama",  "pemboleh kekunci", "pemboleh penunjuk" dan "pemboleh sumber". Kesemua padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaan istilah tersebut.Istilah29.12.2020
12345

Kembali ke atas