Salam .. Saya seorang guru sastera tingkatan 4 , ingin bertanya tentang sinopsis teks-teks sastera yang baru digunakan oleh pelajar tingkatan pada tahun 2010 ? | Sinopsis ada dimuatkan dalam halaman Pengenalan bagi setiap genre. Sila rujuk buku yang berkenaan. | Lain-lain | 02.07.2010 |
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasih | Frasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
kepentingan filologi dalam sastera | Secara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah. | Lain-lain | 05.09.2008 |
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah? | Salam sejahtera, Buku Teks Sejarah | Ejaan | 07.01.2013 |
Salam sejahtera, 'Di dalam buku teks' atau 'dalam buku teks' yang gramatis? Terima kasih. Selamat Berpuasa. | Dalam buku teks. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama. | Istilah | 19.10.2012 |
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku Teks | Ejaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas. | Ejaan | 17.01.2011 |
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih. | Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November. | Lain-lain | 01.11.2010 |
teks drama remaja | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini. Mohon nyatakan soalan dengan jelas, terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2010 |
Kerana kehilangan buku teks, di manakah buku teks sejarah tingkatan 1 boleh didapati ? anak puan sekolah di SMK KEB Dusun Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. | Buku berkenaan boleh diperoleh di Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka di alamat tingkat bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur atau di mana-mana kedai buku di Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.10.2008 |