TEL ROOM | BILIK TELEFON | Istilah | 03.03.2011 |
salam, saya mohon disemak ejaan pada tulisan nama tadika saya, terima kasih. | 1. Sila letak tanda koma selepas NO. 44 (NO. 44, JALAN...) 2. Letak tanda titik selepas TEL: (NO. TEL.:) | Ejaan | 29.11.2012 |
Do you offer translation service from English to Bahasa Malaysia? | Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Lain-lain | 05.10.2007 |
Boleh terangkan penggunaan singkatan perkataan yang betul? mana yang perlu diletak titik, mana yang tidak perlu contoh: cth nombor: no. telefon: tel. dan sebagainya: dsb dan lain-lain: dll Bolehkah semua singkatan ini digunakan dalam laporan rasmi kerajaan? Terima kasih | Perkataan yang disingkatkan perlu diletak titik, seperti no. (nombor), tel. (telefon), dan kg. (kampung). Walau bagaimanapun ejaan dua patah kata ayau lebih lazimnya tidak diletak titik, seperti KP (kad pengenalan, TB (telefon bimbit) dll (dan lain-lain). | Ejaan | 07.04.2022 |
Hello. Saya ingin bertanya tentang perkhidmatan penterjermahan bahasa yg merangkumi berapa bahasa dan kos ? | Untuk mendapatkan kos penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan negara, no. tel. 03-41497210, e-mel www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia no. tel. 03-21424381, e-mel terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 12.12.2008 |
Ada jual buku teks biologi tingkatan 4 Dan teks bahasa melayu tingkatan 1 | Salam puan yang budiman, Untuk makluman puan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut: •Anjung DBP - tel:03 2147 9597">03 2147 9597 / tel:03 2147 9598">03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - tel:03 41010028">03 41010028 / tel:019 2141956">019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - tel:082 227000">082 227000 / tel:019 8768358">019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - tel:088 439317">088 439317 / tel:010 9425569">010 9425569 •DBP Wilayah Timur - tel:09 7414918">09 7414918 / tel:014 9180092">014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.08.2025 |
Hi ingin mohon penterjemahan untuk fail yang dilampirkan. Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan pihak tuan. | DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan secara rasmi. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.
| Lain-lain | 09.10.2020 |
Assalam, Diharap DPB dapat meniliti dan mengesahkan terjemahan ke bahasa Inggeris seperti (lorekan berwarna kuning) di dalam lampiran | DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan secara rasmi. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Lain-lain | 12.10.2020 |
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ? | Salam sejahtera, Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya: 1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak: Haziah binti Che Husin, Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja 03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my 2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum Norhasmanalinda binti Mustafa, Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran 03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my | Lain-lain | 15.06.2020 |
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.com | Masukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel. | Lain-lain | 24.10.2011 |