Kepada pihak DBP, untuk papan iklan adakah boleh dilukis seperti lampiran yang disediakan ? | 1. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) 2. Sila masukkan keterangan perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN 3. Betulkan kepada PLO 125, Jalan Cyber 5, Kawasan Perindustrian Senai 3, 81400 Senai, Johor Darul Takzim. 4. Tel./Faks: | Lain-lain | 07.11.2018 |
penyemakan bahasa untuk papan iklan | Sila betulkan ejaan Tel. dan Faks. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 03.09.2012 |
pengesahan ejaan untuk papan iklan | Sila betulkan ejaan Tel. dan Faks. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 03.09.2012 |
Tolong menyemak banting ini. | Pembetulan: 1. Lelaki dan Wanita 2. Senior Moulding Executive - Eksekutif Pengacuan Kanan 3. Negeri Sembilan DK, Selangor DE 4. Tel. (mesti ada titik), Faks 5. Printed by - Dicetak oleh 6. Managed by - Diuruskan oleh Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.com | Masukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel. | Lain-lain | 24.10.2011 |
Assalam, Saya ingin mendapatkan nasihat berkaitan papan iklan di hadapan office samada diluluskan atau tidak Terima kasih | Pembetulan: 1. PEMBEKAL JENTERA BERAT (besarkan saiz dan letakkan di bahagian atas sekali) 2. VIN MOUNTAAIN SDN. BHD. 3. E-mel: 4. Tel. dan Faks: Setelah dibuat pembetulan, kemukakan semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 03.09.2015 |
Salam, Mohon diperbaiki maklumat diri Munysi Dewan V seperti berikut : Norliza binti Abu Bakar IPG KAmpus Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, 75990 Durian Daun, Melaka No Tel: 0126161399 (h/p) 06-2824827 (P) No Faks: 06-2847710 Terima kasih. | Puan, Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2010 |
Salam Sejahtera, Saya dari syarikat Gentle Impact Sdn Bhd ingin bertanya tentang status iklan yang tidak lulus boleh jelaskan details masalah ini.. Terima Kasih.. | Sila betulkan ejaan: 1. TEL. (singkatan perkataan mesti ada tanda titik) 2. Pinda FAX kepada FAKS Untuk pengesahan iklan, sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 15.04.2014 |
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP? | Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Saya ingin meminta pendapat tuan/puan berkenaan ejaan papantanda untuk restoran saya. Sila rujuk fail yang disertakan bersama. | 1. Sila tukar kepada RESTORAN DAN KATERING. Letak perkataan "KATERING" di atas. 2. Tukar "Wedding and Event Management" kepada Pengurusan Perkahwinan dan Acara 3. Letak tanda titik selepas Tel: (Tel.: ) 4. Tukar "Fax:" kepada Faks: Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, pilih menu e-Perkhidmatan dan klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat nasihat DBP). Sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kod pengaktifan. | Lain-lain | 10.06.2013 |