Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BABLY ENTERPRISE (SA0077833-X) KERJA KERJA ELECTRICAL WIRING BAGGONAN BARU * JALAN RAYA* RUMAH* KEDAY*DAN LAIN LAIN HUBUNGI H/P 0163031187 Tel/Fax 0351925258 Email bably@.bm.com.my

Puan Remidah,

sila hubungi  E-mel kami. Kami tidak faham apa yang puan mahukan.

Lain-lain24.05.2010
Perolehan Kerajaan tidak dibenarkan dibuat secara "pecah kecil" sebut harga / tender. Mohon terjemahan Bahasa Inggeris yang betul bagi ayat di atas.

Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Makna06.11.2023
bagaimana nk hantar karya sajak ya

PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku umum kepada Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti berikut:

 

1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

 

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

 

2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak.

3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip.

4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis.

5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya.

6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut.

Karya20.01.2023
Salam cik, ini nak dapatkan maklumat lanjut untuk perkhidmatan penterjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. Siapa dan nombor telefon untuk saya tanya lanjut

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian tel:03-9226 2506">03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan23.04.2020
Organisasi saya dalam proses untuk menganjurkan persidangan antarabangsa. Oleh itu pihak kami ingin membuat semakan terjemahan bagi tema persidangan kami dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Future of Work: Preparing for Tomorrow Today Terjemahan ke bahasa malaysia: (Terjemahan DBP) Maklum balas pihak dbp amat dihargai. Sekian terima kasih. Shahrul Halim Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja shahrul@epf.gov.my Tel: 03-2616 2237Terjemahan yang sesuai bagi Future of Work: Preparing for Tomorrow Today ialah Masa Depan Kerja: Bersedia Hari Ini untuk Esok. Makna23.05.2017
Dana PIBN - Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316)

Salam sejahtera puan budiman,

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN)

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya.

             Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan.  Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan  kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani  dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my.

 

 

MOHD BIN  AMRAN DAUD

Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan

No. Tel.: 03-2147 9497

E-mel: amran2@dbp.gov.my

Tarikh: 5 November 2019


Sekian, terima kasih.

Lain-lain25.10.2019
Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316)

Salam sejahtera puan budiman,

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN)

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya.

             Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan.  Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan  kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani  dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my.

 

 

MOHD BIN  AMRAN DAUD

Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan

No. Tel.: 03-2147 9497

E-mel: amran2@dbp.gov.my

Tarikh: 5 November 2019


Sekian, terima kasih.

Lain-lain25.10.2019
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP)Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu.Lain-lain15.12.2014
1.Kami ingin menerbitkan buku di bawah DBP. Apakah prosedur yang kami perlu lakukan. 2. Sekiranya buku kami diterima untuk penerbitan DBP, adakah proses permohonan ISBN juga akan dilakukan oleh DBP. 3. Adakah boleh untuk menerbitkan bahan yang sama tetapi dalam bentuk hardcopy dan e book? (maaf guna BI) Terima kasih

1. PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku umum kepada Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti berikut:

 

1. Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

 

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

 

2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak.

3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan, tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip.

4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis.

5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Editorial (JKE) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya.

6. Jika memperoleh kelulusan JKE, proses penerbitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan tersebut.


2. Ya, permohonan ISBN akan dilakukan oleh DBP.
3. Boleh diteterbitkan dalam kedua-dua bentuk oleh DBP.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain16.06.2022
translat rumi ke jawi

KHIDMAT TERJEMAHAN DAN PENERBITAN BUKU

Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menjalankan khidmat penterjemahan  atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

2.   Sila hubungi: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui:

Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e,
Seksyen 10 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: 03 4145 1800 / E-mel:info@itbm.com.my

Penterjemahan: salesonline@itbm.com.my / Telefon: 03 4145 1942


3. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak puan berminat untuk menerbitkan buku umum di Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti yang berikut:

a.Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

 Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan24.12.2022
12

Kembali ke atas