Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan dll yg patut diikut, contoh: yg baik buat ~, yg buruk buat sempadan; meneladan meniru, mencontoh: mereka belajar dan ~ serta menerima perubahan di Barat; meneladani 1. memberi teladan kpd, men-jĀ­adi teladan kpd: guru hendaklah ~ muridnya; 2. meniru, mencontohi: beliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; kita boleh ~ dan belajar drpd negara jiran, iaitu Indonesia yg dapat mengeluarkan filem yg bermutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan dll yg patut diturut atau diikut; contoh: Perangainya yg lemah lembut itu menjadi ~ kpd teman-temannya. Hal yg baik buat ~. meneladan meniru; mencontoh: Kita hendaklah ~ cara-cara mereka membangunkan negara mereka. meneladani menunjukkan teladan kpd; memberi teladan kpd: Guru hendaklah ~ muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teladan (kata nama)
Bersinonim dengan contoh, model, ikut-ikutan, panduan, pedoman, nasihat, peringatan, pengajaran, iktibar, petunjuk;,
Kata Terbitan : meneladani,

Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Bermaksud :

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejarah memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat kita agar dapat terus ____ ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Perkataan "melangkah" sesuai ??Antara maksud langkah ialah perbuatan/pekerjaan yang baru bermula. Jika ayat tersebut merujuk asas kepada perbuatan/perkara tersebut, maka perkataan melangkah boleh digunakan.Tatabahasa17.08.2013
Beza teladan dengan tauladanKata teladan ialah ejaan baku bagi tauladan.

Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu.
Ejaan09.09.2024
Pengertian perkataan teladan atau tauladan.ejaan sebenar ialah teladan yang membawa maksud perbuatan dan lain-lain yang patut diikuti atau dicontohi.Tatabahasa01.08.2007
Adakah perkataan 'uswah hasanah' yang bermaksud contoh teladan baik merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w boleh digunakan dalam Bahasa MelayuMaksud uswah hasanah ialah contoh teladan yang baik yang merujuk kepada Nabi Mohamad SAW. Perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut.Makna01.03.2007
"Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak." adakah ayat ini betul? Setahu saya, kata pemeri "adalah" hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam ayat ini, perkataan "dengan" berfungsi sebagai kata apa? Harap tuan dapat membantu meleraikan kemusykilan ini. Sekian terima kasih.Ayat yang diberi kurang tepat. Ayat yang betul ialah Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu termasuklah menjadi suri teladan kepada anak-anak.Tatabahasa03.08.2025
Adakah entiti mithali bermaksud teladan?Ejaan yang betul ialah misali iaituĀ berkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani seperti ibu misali.Makna18.04.2014
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladanKedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh.Lain-lain16.04.2009
Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini.

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan.  Sila hantar karya anda ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

 dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

 50460 Kuala Lumpur 

Lain-lain12.06.2010
karangan contoh ataupun Contoh Karangan ???? sebabnyaKarangan contoh ialah karangan yang menjadi teladan. Contoh karangan ialah karangan yang dapat mewakili karangan lain kerana sama ciri-cirinya.Lain-lain19.08.2006
taladan akhlak atau akhlak yang diteladani Contoh ayat: Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak.Ayat yang betul:

1. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak.

2. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui akhlak yang diteladani.

Tatabahasa07.05.2025
1234

Kembali ke atas