Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lah] | تله

Definisi : kata bantu yg menyatakan sesuatu perbuatan sudah berlaku atau sudah berlangsung: Apabila mereka sampai di situ, pertandingan itu ~ tamat. setelah sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.lah] | تله

Definisi : ; menelah menyatakan apa-apa yg akan berlaku; meramalkan: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpd dirinya. telahan sesuatu yg ditelah; dugaan: ~nya meleset belaka. penelah orang yg menelah; tukang ramal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Belah mana pasang pelita,
     Tarik sumbu di balik bukit;
Telah mana orang bermain mata,
     Tarik senyum kening terangkit.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Telah meraba-raba tepi kain.

Bermaksud :

Orang yang sedang sakit payah.

 

Lihat selanjutnya...(151)

56

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Mengambil puntung pemukul kepala

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah mengambil puntung pemukul kepala .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(94)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penggunaan perkataan yang betul untuk digunakan sebagai tanda pagar atau untuk siaran media sosial dan 'photo booth'? Saya telah divaksin. Saya telah divaksinasi. Saya telah mendapat vaksin. Apakah terjemahan yang betul untuk 'photo booth'? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya telah divaksinasi" atau "Saya telah mendapat vaksin". Cadangan terjemahan yang sesuai bagi photo booth ialah reruai foto atau kios fotoMakna06.07.2021
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'telah' dalam penterjemahan sumber yang bercakap tentang peristiwa yang telah lepas. Adakah penggunaan 'telah' itu diperlukan dalam terjemahan? Contohnya: This message will be marked as forwarded many times. Terjemahan: Mesej ini akan ditandakan sebagai (telah) berkali-kali dimajukan. Sekian, terima kasih.

Perkataan "telah" boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan24.07.2019
1) Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis. 2) Saya telah melaporkan kemalangan kereta saya kepada polis. 3) Saya telah mengadukan kemalangan kereta saya kepada polis. 4) Saya telah membuat aduan tentang kemalangan kereta saya kepada polis. Ayat yang manakah salah?"Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis." - Ayat ini kurang tepat.Tatabahasa12.01.2025
'Menteri itu telah dipenjarakan kerana beliau telah didapati bersalah oleh mahkamah.' Saya ingin bertanya apakah kesalahan di dalam ayat-ayat di atas? Betulkan kepada Menteri itu telah dipenjarakan kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Ayat lebih ringkas dan padat.Tatabahasa12.04.2020
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. - ayat aktif Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak. - ayat pasif betul ke ayat pasif di atas?Penggunaan ayat pasif yang betul ialah Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh ibu. Tatabahasa08.05.2020
Selamat sejahtera, prpm menyatakan bahasa "sudah" dan "telah" mempunyai maksud dan penggunaan yang sama. Dalam konteks ayat di bawah, yang mana lebih sesuai? Rumah mereka sudah/telah dimasuki pencuri. Penggunaan perkataan sudah agak janggal dalam ayat ini.Perkataan yang sesuai digunakan dalam contoh ayat yang diberikan ialah “telah”. “Telah” merupakan kata bantu aspek yang menunjukkan sesuatu perkara sudah berlaku.

Penggunaan perkataan “sudah” atau “telah” boleh digunakan mengikut kesesuaian makna dalam ayat. 
Walau bagaimanapun, ayat tersebut juga lengkap tanpa perkataan “sudah” atau “telah”. Contohnya, “Rumah mereka dimasuki pencuri.”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata bantu aspek, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 258-259.
Tatabahasa10.12.2025
Memaparkan seorang detektif muda telah diserang hendap dan berada dalam keadaan tenat. Pihak musuh percaya detektif tersebut telah berjaya dibunuh. Sebaliknya beliau telah diselamatkan dan menggunakan identiti baru setelah membuat pembedahan plastik. Beliau diarah meneruskan tugasnya mencari penjenayah di samping pada waktu yang sama menuntut keadilan. Untuk melaksanakan tugasnya secara lebih berkesan, beliau telah dibekalkan dengan sebuah kereta canggih yang digelar KITT. Kereta canggih ini mempunyai perisai setara dengan kereta kebal dan mampu memecut 300 batu sejam. Tambahan pula, kereta canggih ini juga dibekalkan dengan personaliti komputer kecerdasan dan berfungsi sebagai seorang pembantu. Detektif yang bersemangat waja ini meneruskan misi buruan penjenayah dengan kereta canggih ini. Akhirnya pemuda ini berjaya menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.Soalan tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu tuan dalam hal ini. Tatabahasa28.01.2022
salam, puisi saya telah tersiar di dalam majalah tunas cipta bilangan 11. setelah tersiar saya mendapat email daripada e-banker tentang kemasukan honorarium. Malangnya setelah saya semak dengan bank tersebut. akaun bank saya telah tamat tempoh dah telah dimatikan. pihak bank mengatakan honorarium terbabit tidak masuk ke dalam akaun bank saya tetapi dikembalikan semula pada pihak dbp. persoalannya, bahagian dbp mana yang saya perlu rujuk tentang permasalahan ini? adakah saya tidak akan dapat honorarium tersebut? terima kasih.Waalaikumussalam tuan. Terlebih dahulu, kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Noorisa Abdul Khlil, editor majalah Tunas Cipta melalui e-mel sitinoorisa@dbp.gov.my  

Terima kasih.
Lain-lain27.11.2020
12345678910...

Kembali ke atas