Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah? | Penggunaan frasa telah pun yang betul. | Tatabahasa | 17.09.2012 |
apa beza penggunaan perkataan 'pun' kerana ada kata yang rapat seperti 'walaupun' dengan kata yang jarak seperti ' telah pun'? | "Pun" yang bermaksud juga dieja berpisah seperti telah pun (telah juga), dia pun (dia juga). Walaupun, meskipun, kendatipun dieja rapat. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
Salam, Perkataan "telah pun" ialah satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telah pun (dua perkataan). | Ejaan | 30.06.2012 |
Salam Sejahtera. Saya telah pun menghantar semula Iklan syarikat saya 9 Lautan dan diharap pihak DBP dapak menyimak semula. Pembetulan telah pun di hantar melalui permohonan yang dikemas kini. Terima kasih. | Iklan tersebut telah diluluskan pada 14 April 2017 dan tuan/puan boleh mencetak sijil pengesahan. | Lain-lain | 13.04.2017 |
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah pun | Perkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh_____________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencanabanjir itu. A. setiap B. sebahagian c. seluruh D. semua - adakah jawapan B | Jawapan yang betul ialah B. sebahagian | Tatabahasa | 08.09.2015 |
Terima Kasih, saya telah pun membuat pembetulan seperti arahan tuan Sila rujuk lampiran untuk pengesahan iklan untuk sijil kelulusan | Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan. | Lain-lain | 13.02.2013 |
Adakah perkataan EKSTRAVAGANZA telah pun boleh dipakai di dfalam Bahasa Melayu? | Maknanya ialah bentuk persembahan hiburan yg besar-besaran, canggih, berwarna-warni, mahal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 14.09.2008 |
Salam ramadhan dari MARAtv. Tuan / Puan, Saya telah pun mendaftarkan syarikat kami untuk semakan bahasa bagi tujuan pengiklanan. Dari semalam saya menghadapi masalah untuk memuat naik permohonnan iklan baru. Turut disertakan gambar print screen untuk rujukan pihak tuan / puan. Terima kasih. | Kami tidak dapat menghubungi tuan kerana tiada maklumat yang dilampirkan. Sila hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691 untuk bantuan teknikal. | Lain-lain | 09.06.2017 |
Assalamualaikum, saya hanya ingin memaklumkan, permohonan saya untuk 'street bunting' dan 'banner', telah pun lulus. Cumanya, saya megalami masalah untuk 'download'. sijil kebenaran. Setiap kali saya download, dan apabila selesai, tetapi tidak dapat membuka file. saya harap saya boleh mendapatkan sijil kebenaran dengan secepat mungkin. No kelulusan. 1.DBP/KPB/201611/09992 2.DBP/KPB/201611/09985 | Waalaikumussalam, Kemungkinan masalah ini terjadi disebabkan masalah teknikal. Tuan boleh menghubungi pegawai teknikal kami, Encik Saufi (03-21479389) atau Puan Raja Bi (03-21479377) untuk mendapatkan bantuan | Lain-lain | 01.11.2016 |