Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lan.jur] | تلنجور

Definisi : 1. melampaui (melebihi, melewati) had (tujuan dll) yg tertentu, terlampau: dia pergi ke pekan utk membeli barang-barang tetapi ~ sampai ke panggung wayang; 2. tersasul, terdorong, terlangsung (perkataan, perbuatan): perkataannya sudah ~; 3. sudah terdahulu berbuat sesuatu: dia sudah ~ makan sebelum datang ke kenduri; 4. sudah melam­paui batas, sudah berlebih-lebih: hukuman yg dikenakan itu ~ sangat; ketelanjuran perihal telanjur, keterlaluan: dia menyesal atas ~nya mengeluarkan kata-kata celopar yg tidak selayaknya itu; ® lanjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan.jur] | تلنجور

Definisi : burung ~ sj burung, Malacocincla r. rostratum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan.jur] | تلنجور

Definisi : 1 melebihi had atau melebihi tujuan tertentu; terlampau: Dia hendak pergi ke Taman Templer tetapi ~ hingga ke Kuala Kubu. 2 terlangsung (ttg perkataan, perbuatan dsb); terlajak; terdorong: Perkataannya sudah ~. kete­lanjuran keadaan atau hal telanjur: Dia amat menyesali ~ kata-katanya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telanjur (kata kerja)
Bersinonim dengan terlangsung, terlajak, tersasul;,
Kata Terbitan : ketelanjuran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan. Apakah perbezaan ‘terlanjur’ dan ‘telanjur’?Berdasarkan kamus kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Walau bagaimanapun apabila merujuk data Korpus DBP, perkataan yang banyak ditemukan ialah terlanjur. Kami berpandangan, terlanjur lebih tepat dan selaras dengan pembentukan kata daripada awalan ter-.Makna31.08.2021

Kembali ke atas