"Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' dikategorikan sebagai apa ya? Bolehkan dikategorikan sebagai peribahasa? Terima kasih. | Ungkapan 'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' bukan peribahasa Melayu. Ungkapan ini merupakan kata hikmat yang sering digunakan sebagai tajuk karya, cerita dan sebagainya. | Lain-lain | 02.02.2011 |
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali | 1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. 2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali | Tatabahasa | 21.10.2010 |
APAKAH CARA PALING MUDAH UNTUK SAYA MENGETAHUI ATAU MENYEMAK MAKNA SESUATU PERKATAAN? | Sila dapatkan perisian makna daripada penerbit swasta yang menyediakan perisian makna kata. Misalnya, dapatkan kamus telapak BESTA atau layari laman web DBP. | Lain-lain | 17.02.2008 |
saya sedang mencari perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan. Bolehkah pihak tuan menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut sekian terima kasih. | Antara contoh perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan seperti 1. tapak - telapak, 2. kupas - kelupas, 3. kemumur - kelemumur. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 45, 71, 72, 131, 132, 217, 599, 602. | Lain-lain | 18.10.2010 |
adakah perkataan pelbagai,peringkat dan pertama dikategorikan sebagai imbuhan sisipan el dan er? saya ingin menyiapkan tugasan mengenai morfologi.t kasih. | Perkataan pelbagai, peringkat dan pertama tidak dikategorikan sebagai sisipan el dan er. Contoh yang betul ialah telapak, seruling dan gemerlap. | Tatabahasa | 07.11.2010 |
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif? | Puan Rabiatul Adawiyah, Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan. Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk. untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih | Tatabahasa | 17.03.2010 |