Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.la.tah] | تلاته

Definisi : gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai: meluat benar perasaan Masri meli­hat ~ Nisah yg mengada-ngada pd malam itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.la.tah] | تلاته

Definisi : gerak-geri; tingkah laku; kela­kuan; perangai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telatah (kata nama)
Bersinonim dengan gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, tingkah laku, perangai, kelakuan, tabiat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia kehairanan melihatkan telatah pemuda yang bertindak liar ke atas perempuan tua itu. munsyi, ke atas boleh diterima dalam ayat ini? TKAyat yang betul ialah: Dia kehairanan melihat telatah pemuda yang bertindak liar terhadap perempuan tua itu.Tatabahasa08.04.2012
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir?Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara."
Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar.

Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama.
Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar.
Tatabahasa02.08.2012

Kembali ke atas