saya ingin tahu maksud telefon pintar | Selamat petang saudari Mila, Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar. | Makna | 15.10.2012 |
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. | Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
handphone | telefon bimbit | Istilah | 05.03.2008 |
berikan saya contoh karangan bagi keburukan penggunaan telefon bimbit. | Sila rujuk bahan ini terima kasih : Sains di sebalik telefon bimbit | Saharil Hasrin Sanin | Dewan Kosmik | 01/03/2007 Teknologi telefon bimbit bergerak sepantas kilat | Faizah Faiz | Dewan Siswa | 01/09/2007 | Lain-lain | 31.07.2008 |
telefon pintar | Telefon pintar ialah istilah bahasa Melayu untuk "smartphone". | Istilah | 31.12.2012 |
Deringan telefon daripada bahagian sumber manusia @ deringan telefon dari bahagian sumber manusia. | Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama merujuk tempat dan ayat kedua merujuk sumber. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Bolehkah 'ia' digunakan atas 'telefon bimbit', 'pen', 'meja'? | Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami menasihati supaya menggunakan buku tatabahasa dewan sebagai panduan. Dalam ayat, perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan seperti telefon bimbit, pen atau meja. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2.) Farid membeli telefon bimbit baru. Telefon bimbit itu berjenama Nokia. | Tatabahasa | 05.05.2013 |
Saya ingin mendapatkan e-mail atau no telefon Novelis Baharuddin Kahar. | Salam. No. telefon novelis Baharuddin Kahar ialah 017-5145887. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 13.06.2009 |
Terima kasih atas jawan sdr. Apakah penjodoh bilangan utk topi, cangkul, telefon bimbit, dan pinggan? biji atau buah?TQ | Penjodoh bilangan bagi topi, telefon bimbit dan pinggan ialah buah manakala bagi cangkul ialah batang. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Mariah.........gagang telefon sambil..........dengan seorang kawan baiknya A.memaut/bercakap B.meletak/berborak C.menyentuh/bertanya D.mengangkat/berbual | Perkataan yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai untuk mengisi tempat kosong tersebut ialah D: mengangkat/berbual, iaitu Mariah mengangkat gagang telefon sambil berbual dengan seorang kawan baiknya. | Tatabahasa | 08.08.2009 |