Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan? | Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur. | Tatabahasa | 18.12.2015 |
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awam | Kemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme. | Makna | 09.02.2008 |
apakah tindakan dan cara yang diambil oleh dbp untuk memperkasakan bahasa melayu? | Untuk tujuan tersebut pelbagai program dan aktiviti dirancang dan dilaksanakan antaranya program kursus penataran bahasa, penyebaran maklumat bahasa dalam pelbagai media seperti pedoman bahasa, lembar bahasa dan penerbitan Klik DBP, siri ceramah bahasa, forum, peraduan mengarang esei, majlis pengiktirafan seperti Majlis Citra Wangsa. Dari segi perkhidmatan bahasa DBP menyediakan khidmat nasihat bahasa dalam talian, khidmat nasihat bahasa melalui faksimile, telefon, e-mel dan kujungan. Selain itu, DBP terus memberikan sokongan dan bekerjasama dengan sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan di peringkat jabatan masing-masing. | Lain-lain | 31.01.2009 |