telefon pintar | Telefon pintar ialah istilah bahasa Melayu untuk "smartphone". | Istilah | 31.12.2012 |
Apa padanan kata untuk "smart phone"? Telefon pintar atau telefon bijak? | Telefon pintar | Istilah | 16.05.2019 |
saya ingin tahu maksud telefon pintar | Selamat petang saudari Mila, Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar. | Makna | 15.10.2012 |
Soalan daripada pengikut Twitter DBP - "Bila @DBPMalaysia nak keluarkan aplikasi PRPM untuk telefon pintar?" Terima kasih. | Aplikasi PRPM untuk telefon pintar masih dalam peringkat perbincangan. Namun begitu, encik boleh melayari laman web PRPM di http://prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.04.2018 |
Salam sejahtera, Adakah perkataan "transaksi" atau "urus niaga" yang sesuai digunakan sebagai terjemahan "transaction" dalam sebuah aplikasi telefon pintar? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan transaksi dan urus niaga digunakan dalam bidang teknologi maklumat termasuklah dalam sebuah aplikasi telefon pintar. Namun begitu, perkataan urus niaga lebih kerap digunakan. | Istilah | 13.02.2019 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "unpaired" sesuai diterjemahkan kepada "nyahberpasangan" atau "dinyahpasangankan"? Maksud "unpaired" ialah sambungan di antara dua telefon pintar yang telah diputuskan. Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data pangkalan DBP, istilah unpaired yang ditemui bermaksud tak berpasangan dalam istilah fizik. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. | Istilah | 25.11.2018 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "unpair" sesuai diterjemahkan kepada "nyahpasang" atau "menyahpasangankan"? Maksud "unpair" ialah percubaan untuk memisahkan/memutuskan sambungan di antara dua telefon pintar. Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data pangkalan DBP, padanan istilah unpaired dalam bahasa Melayu ialah tak berpasangan yang ditemui dalam bidang fizik. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. | Istilah | 25.11.2018 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "on the go"? Frasa digunakan pada aplikasi telefon pintar dan membawa maksud mudah di pakai di mana-mana sahaja. Contoh ayat: Add invoice instantly on the go. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | DBP mencadangkan frasa on the go diberikan padanan mudah alih untuk merujuk telefon pintar (alat, peranti) yang mudah digunakan di mana-mana sahaja. | Istilah | 13.08.2018 |
Salam. Apakah terjemahan untuk "Signature Box" bagi menjelaskan sarung telefon pintar jenama Coach itu akan diletakkan di dalam "Signature Box". Terima kasih | Untuk makluman, istilah "signature box" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 17.04.2013 |
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja? | Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa. | Lain-lain | 26.08.2017 |