Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.skop] | تيليسکوڤ

Definisi : (téléskop) alat yg bentuknya spt tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya utk melihat objek yg sangat jauh, mis bintang, dgn terang dan besar, teropong jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.skop] | تيليسکوڤ

Definisi : /téléskop/ alat utk melihat benda yg jauh-jauh (spt bintang); teropong jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teleskop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'telescopic boom system' dalam bahasa Melayu apa ya?Kami mencadangkan "telescopic boom system" diterjemahkan sebagai "sistem bum teleskop". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Mohon DBP untuk berikan jawi berikut: 1. psikofarmakologi 2. elektroensefalografi 3. neurotransmiter 4. hipotalamus 5. sinaptogenesis 6. spektrofotometri 7. fotosintesis 8. metamorfosis 9. kromosom 10. mitokondria 11. ribosom 12. nukleus 13. kloroplas 14. elektromagnet 15. termodinamik 16. kuantum 17. atmosfera 18. stratosfera 19. kontemporari 20. cendekiawan 21. laboratorium 22. graviti 23. galaksi 24. bakteria 25. hormon 26. protein 27. karbohidrat 28. stetoskop 29. teleskop 30. makmal 31. anestesiologi 32. bronkodilator 33. kardiovaskular 34. dermatologi 35. endokrinologi 36. farmakokinetik 37. gastroenterologi 38. hematologi 39. imunoglobulin 40. karsinogenik 41. laringoskop 42. mikroorganisma 43. nefrologi 44. oftalmologi 45. patofisiologi 46. radiografi 47. sitoplasma 48. toksikologi 49. ultrasonografi 50. ventrikel 51. xeroftalmia 52. zoonosis 53. arteriosklerosis 54. bioteknologi 55. kriopreservasi 56. deoksiribonukleik 57. epidemiologi 58. farmakovigilans 59. homeostasis 60. interferon Sekian, terima kasih.

Mohon rujuk laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my)  atau Kamus Dewan Perdana untuk menyemak ejaan Jawi. Bagi istilah saintifik, pihak tuan boleh mengekalkan ejaan Rumi bagi perkataan tersebut.

Lain-lain13.07.2026
Adakah terdapat istilah khusus bagi "all sky camera"?
Selamat sejahtera NUR AZIZAH MOHAMED NAJIB,


Berdasarkan semakan pangkalan data istilah DBP, tiada padanan istilah all sky camera yang khusus. 
Ini mungkin disebabkan faktor kedapatan variasi istilah bahasa Inggeris berbeza yang lebih umum diketahui atau mantap dalam kalangan penggiat bidang yang berkaitan, oleh itu dicadangkan padanan kamera pengimejan langit bagi merujuk konsep istilah all-sky camera. Cadangan ini hasil merujuk kata pengimejan dalam Kamus Dewan Perdana Tahun 2020 (halaman 818) yang dihuraikan maknanya iaitu hal atau proses mengimejkan dan contoh penggunaan yang diberikan sebagai panduan ialah "Sabah akan mengadakan Bengkel Teleskop dan Pengimejan Angkasa peringkat negeri."


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
Istilah26.03.2025

Kembali ke atas