Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telinga (kata nama)
Bersinonim dengan alat pendengaran, pancaindera;,
Kata Terbitan : menelinga,

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(20)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Peribahasa: Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. Maksud: Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. Saya ingin bertanya, mengapa 'telinga tempayan' itu dikatakan membawa kepada kebaikan sedangkan maksud 'telinga tempayan' adalah orang yang tidak mahu mendengar kata? Sudilah kiranya pihak tuan menerangkan, mengapa maksud peribahasa itu begitu. Terima kasih.Dalam pangkalan data kami  tidak ada maklumat tentang sebab peribahasa tersebut diungkapkan, melainkan maksud  peribahasa seperti yang puan maklumi. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat yang berkaitan.Makna01.06.2014
halua telinga atau halwa telinga ?Yang betul ejaannya ialah halwa telinga, iaitu sesuatu yang menyedapkan pendengaran seperti lagu, syair dan lain-lain.Istilah18.12.2009
telinga kuali

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.08.2009
Saudara/saudari, saya inginkan kepastian cara menggunakan peribahasa ini "halwa telinga". Misalnya saya tulis "tak halwa telinga" Bolehkah ayat ini diguna pakai? Adakah pengunaannya betul?Boleh. Kata tak atau tidak boleh dipadankan/diletakkan di hadapan frasa nama yang terbentuk dalam bahasa Melayu seperti halwa telinga. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008; 262) untuk penjelasan tentang kata nafi.

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020; 730) merakamkan makna bagi halwa telinga ialah sesuatu seperti muzik, nyanyian atau qasidah yang menyedapkan atau menyenangkan pendengaran.

Contoh penggunaan frasa ini: Kicauan burung menjadi halwa telinga, lantas kita dapat melupakan seketika kesibukan tugas harian.

Oleh sebab itu, tak/tidak halwa telinga ialah sesuatu yang tidak menyedapkan atau menyenangkan pendengaran.
Makna16.08.2023
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

fon kepala

sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

fon telinga

a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran

Lain-lain02.07.2021
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih.Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan  jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas).Makna17.03.2008
Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga. Ayat ini betul ke?Ayat "Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga" salah. Ayat yang betul ialah "Dia memasukkan getah pemadam ke dalam telinga
Tatabahasa29.07.2022
1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari.1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah  Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon.

2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu."

3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut.  Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari.
Tatabahasa18.07.2013
mencari maksud perkataan : 1. telinga tempayan 2. kacang hantuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna telinga tempayan ialah  orang yg tidak mahu mendengar. Makna kacang hantu ialah orang jahat.Makna09.07.2009
Assalamualaikum, Adakah frasa "ada angin, anak bapa, angkat bahu, telinga kuali" merupakan simpulan bahasa? Terima kasihDaripada senarai yang diberikan, hanya telinga kuali merupakan simpulan bahasa.Tatabahasa10.06.2015
12345

Kembali ke atas