1.Di pantai Teluk Cempedak,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 11.Kanako berminat untuk mempelajari bahasa di Jabatan Bahasa dan Linguistik. 111.Sahadah dikenali sebagai seorang gadis mempunyai budi bahasa. 1v.Bahasa melambangkan budaya sesuatu kaum. jawapan:1 & 11 mengapa 111 & iv salah? | Untuk makluman ayat i, ii dan iv. adalah betul. Ayat iii. adalah salah. Ayat yang betul ialah: Sahadah dikenali sebagai seorang gadis yang mempunyai budi bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan pemajuan yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTAN | Tatabahasa | 10.09.2014 |