Kebanyakan rakyat negara kita bersikap patriotik apabila tiba bulan Ogos tetapi mati selepas itu. (buku rujukan SPM) apakah kesalahan istilah dalam ayat di atas? Apakah maksud peribahasa 'seperti lebah kasihkan telurnya'? | Ayat itu betul dan tidak ada kesalahan dalam istilah yang digunakan. Peribahasa yangtuan maksudkan tidak ada dalam sumber rujukan kami (Kamus Peribahasa Abdullah Hussein dan Kamus Peribahasa - Abdullah Hassan) | Tatabahasa | 21.08.2008 |
Ratna suka makan _________ yang digoreng oleh ibunya. Adakah betul jika murid tulis ayam telur? | Tidak sesuai. Merujuk Kamus Dewan, ayam telur bermaksud ayam yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya)
| Makna | 15.10.2018 |