Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih.Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain25.09.2011
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku.Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain02.11.2011
1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut?1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya.Tatabahasa26.08.2007
1) Apakah maksud kesantunan berbahasa, ciri-cirinya serta penggunaannya dalam masyarakat? 2) Contoh-contoh kesantunan bahasa yang diamalkan dalam masyarakat. 3) Senarai rujukan buku atau artikel untuk kesantunan berbahasa.Santun Berbahasa, secara umumnya merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Sdr bolehlah merujuk buku yang berkaitan, cuba layari Kawat melalui Laman DBP.Makna08.08.2007
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia?

Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

Istilah20.04.2010
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih.

Jawapan 1:
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan 2:
Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.

Jawapan 3:
Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....".

Tatabahasa29.03.2013
Apakah pendapat anda tentang perkataan atau kata sauadara atau sauadari dalam ungkapan '' kita semua bersaudara tapi tidak wujud ayat atau ungkapan kita semua bersaudari dan dalam ayat; Ini saudara saya( Lelaki); Ini saudara saya (perempuan), semua orang bersaurdara tidak pula semua orang bersaudari. Bagaimana wujudnya kata saudari dan apa dalilnya atau anologinya, tolong jelaskan kekeliruan ini.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  antara makna kata saudara ialah 1. orang yang sama ayah dan ibunya 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak 3. orang yang sama darjat 4. kawan,sahabat,teman 5. kata ganti diri kedua yang digunakan pada lelaki. Rujuk halaman 1397.

Makna saudari ialah kata ganti diri kedua (seperti awak,kamu, anda)yang digunakan pada perempuan(terutamanya dalam surat-menyurat). Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1398

Oleh yang demikian tidak wujud ayat kita semua bersaudari kerana kata saudari tidak membawa makna orang yang ada hubungan kekeluargaan.    

   

Tatabahasa28.01.2008

Kembali ke atas