Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya maksud perkataan berdora dan berbekaMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, berbeka-beka bermaksud bercakap-cakap untuk merundingkan sesuatu; berbual-bual: teman ~ kawan atau lawan bercakap-cakap.Lain-lain19.05.2010
Apakah pendapat anda tentang perkataan atau kata sauadara atau sauadari dalam ungkapan '' kita semua bersaudara tapi tidak wujud ayat atau ungkapan kita semua bersaudari dan dalam ayat; Ini saudara saya( Lelaki); Ini saudara saya (perempuan), semua orang bersaurdara tidak pula semua orang bersaudari. Bagaimana wujudnya kata saudari dan apa dalilnya atau anologinya, tolong jelaskan kekeliruan ini.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  antara makna kata saudara ialah 1. orang yang sama ayah dan ibunya 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak 3. orang yang sama darjat 4. kawan,sahabat,teman 5. kata ganti diri kedua yang digunakan pada lelaki. Rujuk halaman 1397.

Makna saudari ialah kata ganti diri kedua (seperti awak,kamu, anda)yang digunakan pada perempuan(terutamanya dalam surat-menyurat). Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1398

Oleh yang demikian tidak wujud ayat kita semua bersaudari kerana kata saudari tidak membawa makna orang yang ada hubungan kekeluargaan.    

   

Tatabahasa28.01.2008

Kembali ke atas