Apa makna perkataan "matang" | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); | Makna | 01.09.2010 |
boleh saya tahu perkataan yang paling tepat untuk saya gantikan perkataan KONDUSIF.berikut adalah petikan ayat yang kami gunakan perkataan tersebut. "Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti industri tembakau berpandukan undang-undang, dasar kerajaan dan peraturan yang ditetapkan untuk mewujudkan persekitaran industri yang stabil dan kondusif" Sekian. | Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, manakala dalam istilah undang-undang bermaksud berfaedah. | Istilah | 23.07.2008 |
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain? | Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja. | Makna | 13.08.2008 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal 2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah | Istilah | 27.05.2016 |