Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatnya

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ayam itik,
     raja pada tempatnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud peribahasa "bagaikan sireh pulang ke ganggan

Saudara,

Maksud peribahasa ini ialah kena pada tempatnya.

Lain-lain09.03.2010
apa yang di maksud MAMBANGMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mambang ialah sejenis hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keemapt.Makna12.09.2008
Tuan, apakah maksudnya seperti hujan jatuh ke pasir,Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, hujan jatuh ke pasir bermaksud berbuat baik bukan pada tempatnya.Tatabahasa21.08.2013
Salam, Sila menerangkan apakah maksud "Kaduk naik junjung" dan menerangkan sama ada peribahasa tersebut boleh bermakna i. seorang yang keji atau dibenci yang lupa akan tempatnya di dalam masyarakat dan telah menjadi sombong setelah memegang jawatan awam; ii. seorang individu yang sombong dan bongkak setelah dilantik atau dinaikkan kepada jawatan yang penting Adakah peribahasa ini boleh digunakan dalam konteks fitnah (defamation)?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menakrifkan peribahasa "kaduk naik junjung" sebagai orang hina merasa dirinya mulia.Tatabahasa22.09.2014
Awin Counsel Jan 29th, 11:33am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus laUntuk makluman tuan, setiap panggilan akan dijawab melainkan jika pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus.Lain-lain29.12.2014
Awin Counsel Jan 29th, 11:30am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus laUntuk makluman tuan, kami tidak akan membiarkan talian tidak berjawab melainkan pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus.Lain-lain29.01.2015
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih.

1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah.

2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya.

 

Tatabahasa29.07.2009
Apakah maksud peribahasa bagai sirih pulang ke gagang? Saya mohon tuan jelaskan mengikut penggunaannya yang sesuai dlm konteks ayat. Adakah peribahasa ini boleh digunakan untuk menggambarkan seseorang yg pulang ke kampung halamannya setelah pergi ke sesuatu tempat selama dua hari? Terima kasih..

Peribahasa Sirih pulang ke gagang bermaksud kembali ke tempatnya. Ini bermakna penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks, bukannya sesuai pada semua tempat.

Lain-lain31.08.2016
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira:  the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja.Makna07.09.2012
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasihSanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn ber­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji.

Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan.
Tatabahasa27.05.2015
12

Kembali ke atas