Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.yan] | تمڤاين

Definisi : sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyim­p­an air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu men­dapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd me­ngatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pa.yan] | تمڤاين

Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat (bentuknya spt pasu tetapi mulutnya agak kecil) dan digunakan sbg tempat menyimpan air dsb: Air minuman mereka disimpan dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempayan
Rujuk :bekas

Puisi
 

Layang-layang hutan berduri,
     Madu kelapa dalam tempayan;
Lagi tak hilang Bukit Puteri,
     Saya tak lupa kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tempayan tertiarap di air.

Bermaksud :

Orang yang tak dapat diberi nasihat.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mencari maksud perkataan : 1. telinga tempayan 2. kacang hantuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna telinga tempayan ialah  orang yg tidak mahu mendengar. Makna kacang hantu ialah orang jahat.Makna09.07.2009
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih

Puan Khadijah,

Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa.

Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya.

Makna22.05.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa  terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. 

Lain-lain27.01.2012

Kembali ke atas