Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pias] | تمڤياس

Definisi : 1. percikan air (dr air hujan, ombak yg memukul perahu, dll) yg berterbangan: tingkap itu berdentum dipukul angin dan ~ hujan masuk ke dalam; 2. ark pasir dll yg bertaburan (berhamburan); bertempias berpercikan masuk (titik-titik air hujan dll); bertempiasan berpercikan masuk: hujan mulai turun dgn titik-titik air ~ ke dlm bilik itu; menempiasi terkena pd: hujan lebat tidak ~ mereka; menempiaskan memercikkan: angin kuat ~ hujan ke koridor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pias] | تمڤياس

Definisi : titik-titik air hujan (ombak yg memukul perahu dsb) yg memercik. bertempias berpercikan masuk (ttg titik-titik air hujan dll). menempiasi membuat atau menyebabkan kena tempias: Anak-anak lembu mestilah dijaga supaya tidak ditempiasi hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempias


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Menurut kamus, memercikkan bermaksud menrenjiskan air. Apakah pula maksud kiasannya dalam frasa "memercikkan semangat"? (2) Tempias pula bermaksud percikan. Apakah maksudnya dalam frasa "menerima tempias arus globalisasi"?

Frasa “memercikkan semangat” boleh diterjemahkan kepada “menimbulkan/membangkitkan/mencetuskan semangat/marah/benci dan lain-lain. Manakala, frasa “menerima tempias arus globalisasi” pula bermaksud “mendapat/menerima sesuatu bencana/akibat daripada arus globalisasi”.

Makna19.06.2020
Globalisasi pada abad ke-21 jelas mendesak setiap pemimpin melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sesebuah organisasi. Dunia pendidikan turut tidak terkecuali mengalami tempias gelombang arus globalisasi tersebut. Pada dasarnya, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kewibawaan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengurusan sekolah abad Ke-21 memerlukan guru besar melakukan inovasi untuk memastikan kecemerlangan dan berdaya tahan. Bagi memastikan pengurusan inovasi sekolah terhasil, pengetahuan baru perlu sentiasa dicipta. Penciptaan pengetahuan baru merupakan interaksi antara pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit yang dimiliki oleh guru besar. Bab ini merumuskan dapatan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina. Perbincangan dapatan berkisar mengenai penggunaan pengetahuan tasit guru besar, penciptaan pengetahuan guru besar, pengurusan inovasi sekolah rendah, dan sumbangan pengetahuan tasit dan penciptaan pengetahuan terhadap pengurusan inovasi sekolah. Bab ini diakhiri dengan mengutarakan beberapa implikasi kajian bagi cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan.Sila jelaskan pertanyaan puan.Lain-lain21.12.2014
saya sering tertanya-tanya kenapa bahasa kita,Bahasa Malaysia selalu berubah-ubah dari masa ke semasa,seolah-olah tiada satu pendirian sebagaimana Bahasa Inggeris.sebagai contoh ejaan, kalau dulu dari ejaan lama ke ejaan baru,kemudian kembali ke ejaasn baeu semula.satu lagi contoh yang paling senang ialah penggunaan 'Bahasa Malaysia' dan 'Bahasa Melayu'.dulu pernah digunakan Bahasa Malaysia,ditukar kepada Bahasa Melayu, kemudian diguna kembali Bahsa Malaysia.? ini memberi kesan terutamanya para pelajar yang mungkin akan ketinggalan dengan perubahan terkini bahasa kita.mungkin pihak DBP boleh jelaskan dan mungkin juga dapatkan satu jalan penyelesaian.terima kasih

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dan menerima tempias dengan persekitaran luar terutamanya kemajuan sains dan teknologi yang memungkinkan bermacam-macam. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. Perubahan itu datangnya daripada pelbagai faktor termasuklah faktor politik. Kerajaan mengumumkan penggunaan iatilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia atas alasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi pada dasarnya bahasa Melayu tetap digunakan untuk tujuan ilmu dan peradaban.

Lain-lain28.10.2009

Kembali ke atas