Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pi/] | تمڤيق

Definisi : teriak yg kuat, pekik yg kuat: terdengar bunyi ~; ~ sorak bermacam-macam pekik dan sorak (dlm peperangan, pertandingan, dll); bertempik memekik dgn suara yg nyaring, menjerit kuat-kuat: salah seorang ~ kuat; menempikkan memekikkan, meneriakkan, menjeritkan; tempikan tempik, jeritan, teriakan: Saidina Ali tidak tertahan lagi mendengar ~ yg ber­ulang-ulang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pi/] | تمڤيق

Definisi : bunyi suara yg kuat kerana gembira, marah dll; pekik; teriak: ~ so­rak bermacam-macam pekik dan so­rak (semasa pertandingan dll). ber­­­tempik memekik dgn kuat; menjerit kuat-kuat. menempikkan meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; memekik­kan; menjeritkan. tempikan bunyi tempik; pekikan; teriakan: Tiba-tiba mereka terdengar satu ~ pd malam yg sunyi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempik
Kata Terbitan : menempik, tempikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "oi" diterima sebagai kata seruan dalam Bahasa Melayu?Ya, kata oi telah diterima sebagai kata seru dalam bahasa Melayu. Sila semak kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1555).

oi  kata seru
digunakan untuk memanggil sso: “Oi!” tempik Dali dengan tidak mengendahkan orang-orang sekelilingnya.“Mak Teh oi, marilah minum sini!” jerit Kak Siah memanggil ibuku.

Cuma, dalam budaya Melayu, kata ini kurang digunakan kerana (jika digunakan dengan nada yang tinggi) kedengarannya tidak sopan/santun terutamanya ketika memanggil orang yang lebih tua atau yang lebih berpangkat dan sebagainya.
Makna29.05.2023
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat

Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini.

Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP:  
tepuk1

kata nama

1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi:

Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian.

2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:

Contoh:
a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ.
b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya.

3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan:

Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya.

4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat.

kata kerja transitif

5. lihat menepuk.

Makna12.01.2025

Kembali ke atas