Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata dari @ daripada untuk ayat berikut? Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada/dari 10 ke 7 hari bekerja.Penggunaan sendi nama yang betul ialah daripada dan kepada. Ayat tersebut menjadi Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada 10 kepada 7 hari bekerja.Tatabahasa24.02.2010
Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, maka penulis memberikan penekanan khas kepada tempoh masa daripada tahun 1957 hingga 2007. Soalannya: Betulkan penggunaan sendi nama 'daripada' di sini atau lebih baik menggunakan sendi nama 'dari'?Penggunaan sendi nama yang betul ialah "dari" bagi menerangkan tempoh masa, iaitu dari tahun 1957 hingga 2007.Tatabahasa29.08.2007
apakah makna periods of timeTerjemahannya ialah tempoh masa.Makna15.10.2007
millenniumEjaan yang betul ialah milenium. Maknanya pula tempoh masa seribu tahun, alaf.Makna19.01.2010
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI.Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi;  12.00pm-1.59 pm = tengah hari;  2.00pm - 6.59 pm = petangLain-lain01.09.2008
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malamPenamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam.Lain-lain30.11.2006
Saya mempunyai satu dokumen untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Bersama ini saya sertakan dokumen tersebut. Saya ingin tahu berapakah kadar bayaran dan tempoh masa yang diperlukan untuk terjemah dokumen ini? Dokumen ini adalah dokumen syarikat saya. Kerjasama dari pihak anda mat dihargai.Untuk makluman puan kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu, puan perlu menterjemahkan dahulu teks tersebut ke dalam bahasa Melayu dan kami akan menyemak terjemahan yang telah dibuat. Walau bagaimanapun jika puan masih memerlukan khidmat penterjemah, kami cadangkan puan berhubung terus dengan Persatuan Penterjemah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506.Lain-lain16.10.2012
Adakah penggunaan istilah am ( pagi ) dan pm ( petang ) boleh digunakan dalam bahasa Melayu?Dalam bahasa Melayu perkataan am dan pm tidak diunakan, sebaliknya untuk tempoh masa 1.00 am - 11.59 am dinamakan pagi, 12.00 pm - 1.59 pm dinamakan tengah hari, 2.00 pm - 6.59 dinamakan petang, 7.00 pm - 11.59 pm dinamakan malam dan 12.00 am - 12.59 am dinamakan tengah malam.Istilah06.02.2010
adakah ayat ini betul? "Tempoh masa diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan mencukupi."

Puan Norasyikin, ayat yang betul ialah sama ada gunakan tempoh atau masa sahaja.

"Tempoh yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

" Masa yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

Makna24.02.2010
Saya ingin menjadi penulis. Saya ingin menghantar karya kepada DBP untuk dinilai dan diterbitkan. Saya ingin tahu format penulisan (saiz huruf, bentuk huruf, 'softcopy, dll) dan proses serta tempoh masa untuk saya mendapat maklum balas. Bolehkah saya hantar karya kepada beberapa pihak sekali gus? Berapa royalti yang saya boleh dapat?Karya saudara hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing), font size 12, font times roman atau arial, dicetak pada kertas A4.  Karya tersebut boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya dewasa, dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumput, untuk karya kanak-kanak dan remaja.  Pemberian royalti hanya akan dibincangkan sekiranya karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Saudara boleh menghantar karya kepada mana-mana penerbit, tetapi bukan satu karya kepada banyak penerbit, kerana di sini akan berlaku pertindihan penerbitan dan akan melanggar peraturan hakcipta.Lain-lain01.01.2010
1234

Kembali ke atas