Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : setempuh; ~ lalu, sebondong surut prb adat orang bersahabat sentiasa semua-fakat dan bersatu hati; bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh sl langgar-melanggar (orang berperang dll), serang-menyerang, serbu-menyerbu; menempuh 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melang­gar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belu­kar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subha­nahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menang­­gung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi meng­alami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulit­an; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; penempuhan proses menempuh(i) sesuatu: ~ berbagai-bagai bala bencana sbg ujian mematangkan usia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw sesuatu yg digunakan utk meng­ganti barang yg dirosakkan, barang dll sbg ganti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menempuh 1 maju menye­rang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. 2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ, rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora. 3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan. 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun, beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempuh
Kata Terbitan : bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh, menempuh, menempuhi,

Puisi
 

Cari kapas hutan Merlimau,
     Padam api tinggal bara;
Kalau lepas mulut rimau,
     Tempuh lalang takut juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan?Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami.Tatabahasa27.02.2015
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
Tuan/Puan, 1. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Pre-Emptive" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "The prime minister authorized a pre-emptive air strike against the rebels" 2. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Stand-off/Standoff" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "Standoff-based precision firepower" Terima KasihBerikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan dalam bidang ketenteraan:
1. pre-emptive: terlebih dahulu
2. standoff: jarak tempuh

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laaras bahasa. 
Makna03.08.2021
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP

Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut:

 1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. 

Ejaan21.05.2010
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal?

Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa13.02.2010
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes

Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.   Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14).

Tatabahasa23.01.2013

Kembali ke atas