...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu? | ...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu? Kedua-dua istilah, iaitu 'temu mesra' dan 'temu murni' tiada dalam pangkalan DBP. Tuan boleh memberikan istilah sumber sekiranya daripada bahasa Inggeris dan DBP akan cuba memberikan cadangan padanan mengikut konsep yang dimaksudkan. Perbezaan boleh diberikan dengan melihat konteks penggunaannya. | Istilah | 23.01.2014 |
Memohon kepastian susunan perkataan Menurut Kamus Dewan, ejaannya terpisah bagi perkataan `temu bual’, `temu ramah’ dan `temu duga’. Apakah untuk `temu janji’ boleh menggunakan formula yang sama ataupun sesetengahnya ditulis sebagai `janji temu’. Sebenarnya, gaya tulisan manakah yang betul dan apa alasannya jika digunakan juga `janji temu’ yang kedengaran janggal. Terima kasih. | Selamat ptg: Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Sekain, terima kasih | Tatabahasa | 10.11.2016 |
Berkenaan istilah "janji temu" dan "temu janji", benarkah pemahaman kami seperti berikut: 1. Janji temu: sudah ada perjanjian untuk bertemu 2. Temu janji: proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu (contoh dalam kes untuk bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan, belum ada tarikh untuk bertemu) | 1. Benar untuk makna "janji temu", iaitu janji untuk bertemu. 2. Tidak benar untuk makna "temu janji". Masih belum terakam kata dan makna untuk "temu janji" dalam kamus terbitan DBP. 3. Proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu juga bermaksud proses "janji temu". 4. "Bertemu" dan kemudiannya "berjanji" juga bukan "temu janji". | Makna | 04.04.2023 |
Apakah perbezaan antara temu bual, temu ramah dan wawancara? Terima kasih atas nasihat anda. | Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah dan wawancara, lihat temu+bual">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=temu+bual. | Makna | 17.11.2014 |
Mohon pencerahan. 1. Satu rampasan dadah terbesar... atau Satu rampasan terbesar dadah... 2. Sungguh amat ayu gadis itu : Adakah ayat ini salah ? 3. Janji temu @ temu janji ? Terima kasih. | 1. Frasa yang betul ialah "rampasan dadah terbesar". 2. Frasa yang betul ialah "sungguh ayu" atau "amat ayu". 3. Janji temu. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
janji temu atau temu janji | janji temu | Tatabahasa | 25.09.2014 |
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih. | Wa alaikumussalam. Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama. Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza. Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat: "pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. bertemu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. menemu bual menyoal seseorang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara. | Istilah | 27.02.2017 |
Salam. Apa beza antara janji temu dan temu janji? Banyak buku-buku latihan menulis temu janji. Tq | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih. | Ejaan | 07.09.2015 |
janji temu atau temu janji yang mana satu yang betul? | Istilah yang betul ialah janji temu. | Istilah | 09.05.2012 |
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih. | Janji temu dan seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 24.04.2009 |