Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; ~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim (sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka ber-hadapan muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang); menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak ber­jumpa; menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), men-derita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. men-dapati atau menjumpai (sesuatu yg tersem-bunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; mempertemukan 1. membawa (menjadi­kan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. mem-perhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya diper-temukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan); pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; penemuan 1. perihal menemui atau mene­mukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang kimia; penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Pohon temu tumbuhnya rapat,
     Rapat lagi si pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
     Sahabat setia payah dicari.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
janji temu atau temu janji yang mana satu yang betul?Istilah yang betul ialah janji temu.Istilah09.05.2012
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih.

Janji temu dan seni mempertahankan diri.

Lain-lain24.04.2009
As Salam . di sini terdapat beberapa kekeliruan mana satukah yang betul digunakan. 'janji temu' atau 'temu janji ' manakah yang betul? 'hal-hal lain?' lain atau 'lain-lain hal ?' manakah yang lebih betul? bagi masa pula, kenapa tidak boleh digunakan jam 9.00 pagi , sebetulnya pukul 9.00 pagi . boleh Encik Sulaiman berikan alasan bagi perkara di atas. Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah janji temu, hal-hal lain. Bagi masa pula, penggunaan perkataan jam atau pukul, kedua-duanya betul dan boleh diterima pakai.  Istilah12.04.2010
"temu janji" atau "janji temu"?Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum.Lain-lain06.08.2007
temu janji atau janji temu? TQJawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum.Makna04.09.2012
temu janji atau janji temu, yang mana satu betul?Yang betul ialah janji temu.Istilah28.07.2008
Yang manakah kata majmuk yang betul? Temu janji atau janji temu?

Penggunaan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah janji temu.

Tatabahasa29.03.2008
Salam sejahtera Nama:Raudhah 'Aqeela Zamiruddin Soalan:antara temu janji dan janji temu mana yang betul.berikan alasanyaJanji temu yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih.Lain-lain01.08.2008
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008
Wang yang saya TEMU ketika balik dari sekolah akan saya serahkan kepada polis. Dalam ayat di atas, adakah penggunaan perkata TEMU betul? Sekiranya salah, perkataan mana yang sesuai digunakan sama ada TEMUKAN @ TEMUI? Sekian, terima kasih.Yang betul ialah wang yang saya temui ketika balik dari sekolah akan saya serahkan kepada polis.Tatabahasa12.08.2010
1234

Kembali ke atas