Adakah huruf "t" pada perkataan "temubual" itu perlu ditulis menggunakan huruf besar? (sebab dalam kurungan) Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (temubual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022). | Ejaan yang betul ialah: Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (Temu bual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022). | Ejaan | 09.05.2024 |
temu bual atau temubual? | Ejaan yang betul ialah "temu bual". | Ejaan | 25.07.2023 |
Yang manakah ejaan yang betul? 1. temu bual 2. temubual Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ‘ temu bual’. | Ejaan | 30.10.2014 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah. temuduga atau temu duga ? temubual atau temu bual? -Saya keliru kerana dalam laman DBP ini temu duga ada dieja rapat dan jauh begitu juga dalam iklan DBP. | Ejaan yang betul ialah temu duga dan temu bual. Rujukan: Kamus Dewan Perdana. | Ejaan | 14.05.2023 |
Hidup Ini Indah Oct 20th, 4:58pm Asalamualaikum DBP. saya memohon DBP buat tindakan kepada media tv agar hanya menyiarkan temubual, ucapan menteri dan sesiapa sahaja dalam Bahasa Melayu sahaja. Berita buletin utama Bahasa Melayu tetapi wawancara menteri berbahasa Inggeris. Kenapa menteri Melayu sendiri tidak mahu berbahasa Melayu??? | Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang diurussetiakan oleh DBP berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan pengurusan tertinggi dan atasan sector awam. Perkara ini diambil perhatian oleh Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Media dan Komunikasi agar diberi perhatian oleh pihak media sendiri, di samping jati diri dan kecintaan kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pemimpin dan pengurusan tertinggi sektor awam amatlah diharapkan dalam menangani isu ini. | Lain-lain | 21.10.2015 |
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
salam, pihak kami bercadang menghasilkan sebuah buku biografi untuk diterbitkan. persoalan saya 1) cara/kaedah untuk penyelidikan yang tepat bagi menghasilkan buku ini 2)adakah terdapat kos melibatkan DBP atau kos penyelidikan yang perlu saya tahu atau jumlah kos purata pembayaran bagi temubual individu. yasmin korporat MAINJ 0104145174 | Salam MENERBITKAN BUKU BIOGRAFI Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pihak kerana berminat untuk menghasilkan dan menerbitkan buku biografi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman puan, editor di Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, DBP, akan menghubungi pihak puan dalam masa terdekat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih lanjut. Sekian, untuk pemakluman. | Lain-lain | 22.09.2021 |
Salam,saya pelajar UM yang sedang menjalankan kajian mengenai sistem ejaan jawi yang digunapakai oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam karyanya yang terdapat di ANM. Tajuk kajian saya " Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Awal Abad ke 20 : Kajian terhadap Karya Sheikh Tahir Jalaluddin". Saya ingin bertanya pihak DBP mengenai siapa yang patut saya tanya @ temubual serta prosedur apakah yang perlu saya lakukan bagi mengesahkan kaedah tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir? Sekian,terima kasih... | Waalaikumussalam. Untuk bertanyakan soalan tentang Sistem Tulisan Jawi Awal Abad Ke-20, kami cadangkan puan menghubungi tuan Haji Hamdan Abdul Rahman di talian 013 3472346. Terima kasih. | Penyelidikan | 08.12.2014 |
aya rakayat Malaysia yang kini menetap di luar negara. saya amat prihatin dan berminat terhadap perkembangan bahasa Melayu dan kemajuan tamandun Melayu di Malaysia dan alam Melayu. Saya juga kerap melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Baru-baru ini saya tertonton video Youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=yjd9MRPHBQY yang mengenai temubual dengan Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBP tentang Konvesyen Ketamadunan Dunia 1.0: "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu". Saya amat teruja dengan persetujuan dengan cadangan pengacara supaya DBP dijadikan satu platform penerus warisan dengan menyebarkan pembentangan, percambahan dan perkongsian dalam kovensyen tersebut dapat disebarkan kepada semua khalayak. Sayang sekali, video-video/ maklumat-maklumat berkenaan masih tidak disebarkan dalam lama sesawang seperti Youtube atau portal DBP sendiri. Adakah DBP akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini? | Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami kemukakan kepada bahagian yang berwenang untuk penambahbaikan promosi kegiatan kebahasaan di seluruh negara. Syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. | Lain-lain | 14.02.2017 |
Assalamualaikum/salam sejahtera... Saudara, Saya Nurul Hannis Arba'ie dan merupakan salah seorang pelajar Kolej Mara Banting. Kini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan kajian saya mengenai karya-karya Faisal Tehrani. Di sini, saya mempunyai beberapa perkara yang saya harap pihak DBP dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. 1. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan karya-karya Faisal Tehrani adalah terbitan DBP dan menerima anugerah Sayembara DBP. jadi, bolehkan saya mendapatkan e-mel beliau memandangkan saya dan 4 orang lagi rakan yang lain bercadang untuk menemu bual beliau. Temubual ini merupakan antara prosedur yang perlu kami lakukan sebagai metodologi kajian kami. 2. Kajian saya memerlukan saya menggunakan teori budaya dan teori antropologi. Jadi, adakah mana-mana buku keluaran DBP yang boleh dijadikan rujukan teori-teori ini? Saya berharap saudara sudi membantu saya dan segala bantuan saudara kelak saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam saudara Layla Witra, Untuk makluman saudara, saya tidak menyimpan alamat beliau dan mungkin saudara boleh berhubung dengan beliau melalui FB. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku teori budaya dan antropologi yang diterbitkan oleh DBP, saudara boleh melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP http://pustaxa.gov.my. laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari. sekian, selamat mencuba. | Tokoh | 25.07.2011 |