Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temui

Puisi
 

Sayang ke darat sungai Bintagor,
     Temui rotan berbelah dua;
Seorang ke barat seorang ke timur,
     Ada suratan bertemu jua.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "temui" itu wujud? Sekilas aku melihat, gadis yang baru sahaja aku temui itu telah pun jauh berjalan ke dalam hutan meninggalkanku sendirian. Adakah perkataan lain yang dapat digunakan untuk menggantikan perkataan "temui" itu? Sebabnya saya tidak mahu terlalu menampakkan kekerapan penggunaan perkataan "temui" itu dalam penulisan. Sekian

       Kata dasar "temui" ialah "temu" yang bermaksud berjumpa; ber­sua. Oleh itu, kata yang sinonim dengan temu ialah jumpa dan sua. 
  

Tatabahasa11.10.2021
Dompet yang saya temui di kantin sekolah akan saya serahkan kepada guru disiplin. apakah kesalahan tatabahasa di dalam ayat ini? soalan yang sama tetapi dua buah buku berlainan mempunyai berlainan jawapan. sebuah menyatakan temui adalah salah manakala sebuah buku lagi menyatakan tiada kesalahan. yang manakah benar? apakah kesalahan ayat ini?Dalam Kamus Dewan tidak ada kata temui, yang ada hanyalah menemui sama makna dengan menemukan. Oleh itu, kata yang digunakan (temui) adalah salah.Tatabahasa07.06.2008
Salam/hai, saya betul-betul keliru dengan penggunaan TEMUI, TEMUKAN, MENEMUKAN dan MENEMUI. Saya ada merujuk contoh di prpm namun masih keliru kerana terdapat ayat yang tidak konsisten digunakan dalam khidmat nasihat dan lain-lain. Bolehkah berikan petua supaya tidak lagi keliru? Terima kasih.

Untuk makluman puan, “temui” merupakan kata kerja pasif “menemui” yang bermaksud bertemu atau berjumpa dengan seseorang atau sesuatu. Manakala “temukan” pula ialah kata kerja pasif “menemukan” yang bermaksud menjumpai atau berjumpa dengan sesuatu atau seseorang. Sekiranya terdapat kekeliruan tentang bahasa, puan bolehlah membuat rujukan buku-buku berkaitan contohnya, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa25.08.2022
Wang yang saya TEMU ketika balik dari sekolah akan saya serahkan kepada polis. Dalam ayat di atas, adakah penggunaan perkata TEMU betul? Sekiranya salah, perkataan mana yang sesuai digunakan sama ada TEMUKAN @ TEMUI? Sekian, terima kasih.Yang betul ialah wang yang saya temui ketika balik dari sekolah akan saya serahkan kepada polis.Tatabahasa12.08.2010
Bagi yang ingin menikmati kehidupan mewah Temui anda di sini...Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Pada masa akan datang, sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat  Nasihat DBP). Melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, puan boleh memperoleh pengesahan iklan dan terdapat sijil pengesahan yang boleh dicetak.Lain-lain15.09.2012
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya.Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data.Makna27.07.2007
Perkataan "PRAKTIKUM" adalah sepatah perkataan baru yang saya temui yang digunakan dalam satu frasa "PRATIKUM KEUSAHAWANAN" Apa ertinya "Praktikum" ? dan apa perkataan seerti dalam bahasa Inggeris. Sila bantu. Terima kasih Dari: David ChuaPraktikum ialah padanan perkataan practicum dalam bahasa Melayu dan merupakan istilah dalam bidang pendidikan, walau bagaimanapun tidak ada huraian makna bagi perkataan tersebut. Melihat kepada bentuk perkataan tersebut seperti akronim dua perkataan, hal ini akan kami pastikan terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak Datuk. Tatabahasa09.04.2010
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila?

Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan.

Istilah12.12.2008
apakah yang dimaksudkan dengan 'bersesama'. Perkataan 'bersesama' ini saya temui di dalam buku perundangan. Apakah beza antara bersama-sama dengan bersesama?Perkataan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan, serentak dengan.
Manakala perkataan bersesama dalam bidang perundangan bermaksud memiliki bersama yang merujuk berkaitan dengan harta pusaka. 
Makna22.12.2021
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan 'fazihat'. Perkataan ini saya temui ketika membaca "Syair Definisi Orang Berakal".Fazihat bermaksud aib, cela dan nista.Makna29.07.2019
123456

Kembali ke atas