adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan? | · Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara. · “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama. | Istilah | 20.02.2014 |
bagaimana kita nak berurusan dengan tokoh sastera dan bahasa untuk tujuan temuramah? saya seorang pelajar UPSI,di minta membuat kerja kursus berkaitan tokoh,,, | Persediaan awal sebelum menemuramah tokoh sastera dan bahasa, antaranya ialah mengkaji latar belakang tokoh, taraf pendidikan, bidang dan kepakaran tokoh yang dipilih, penglibatan dalam organisasi atau badan-badan amal, sumbangan dan karya-karyanya. Dalam hal ini, bagi memperlengkapkan maklumat dan persediaan di pihak sdr, sdr bolehlah merujuk kepada buku Wawancara, (terbitan DBP) karya Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar dan buku Jambak I, Jambak II, Jambak III dan Jambak IV (terbitan DBP) yang diselenggarakan oleh Kemala. Sekian dan salam. | Lain-lain | 27.07.2009 |
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |