Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ a penny, (colloq) berlambak banyaknya: today, graduates are ~ a penny, kini, pemegang ijazah berlambak banyaknya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ to one, sudah tentu: ~ to one she won’t turn up, sudah tentu dia tdk datang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj & n sepuluh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ten


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "synchronised ten-metre platform category" dalam acara terjun? Terima kasih.Tiada data "synchronised ten-metre platform category". DBP mencadangkan        “kategori platform 10 meter segerak” untuk bidang sukan terjun.Istilah03.03.2014
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "individual ten-metre platform event" dalam acara terjun? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah acara platform 10 meter individu.Istilah03.03.2014
Saya ingin tahu apa dia 'driving rain'? Ayat: The L-Ten-Eleven (sejenis pesawat) is being pounded by a driving rain.Cadangan bahasa Melayu ialah hujan yang lebat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.Istilah10.05.2008
Wujudkah penggunaan hyphens (sempang '-') dalam tatabahasa Melayu? Sebagaimana yang ada dalam Bahasa Inggeris. Contoh: thirty-three, 40-years-old man, First-World-War veteran, "that ten-pound baby looks cute". Selain penggunaan sempang pada perkataan contoh: rama-rama, 80-an, dan ke-3.Tanda sempang umumnya digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. Antara fungsinya:

1. Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan.
2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi.
4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.
5. Menunjukkan kata ganda.
Ejaan22.12.2017
Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070Untuk makluman YBhg. Prof., DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan25.06.2021
Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain25.06.2021
apakah maksud linguistik deskriptif?

Saudari,

Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.

Manakala deskriptif bermaksud keterangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran nyata ten­tang sesuatu perkara.

Makna30.08.2012
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010

Kembali ke atas