| apakah maksud satu sentapan yang kuat? | Makna sentapan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah hasil atau tindakan menyentap. Kuat pula ialah banyak tenaganya. Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kams Dewan Edisi Keempat. | Makna | 30.04.2009 |
| Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah. | Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan. Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua. Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat. | Istilah | 06.04.2014 |
| berderma atau menderma? yang mana paling sesuai digunakan? Apakah perbezaan dalam penggunaan imbuhan itu? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh digunakan yang bermaksud memberi derma. Contoh ayat:Wan Intan telah berderma/menderma tenaganya merawat orang-orang sakit. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan awalan beR- dan meN- , saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 151-170. Terima kasih. | Istilah | 31.01.2009 |
| Apakah perbezaan dari segi penggunaan bagi sepadan dan berpadanan | Menurut Kamus Pelajar, sepadan bermaksud sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang sepadan dengan kesalahannya. Manakala berpadanan pula bermaksud tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yang diterimanya tidak berpadanan dengan tenaganya. Daripada makna tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Makna | 09.01.2017 |
| Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih | Saudara Gan, Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah : i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa ii. payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya iii. tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut iv. tak putus-putus ketawa v. barang jemuran yang kering sekali | Makna | 03.02.2010 |
| Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. | Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |