Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ténang); menenang membidik, memitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /ténang/; menenang me­mejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. penenang 1 se­suatu (ubat, kata-kata dsb) yg mene­nangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidup­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air yang tenang,
     jangan disangka tiada berbuaya.

Bermaksud :

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan?Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. Tatabahasa08.08.2011
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali.

Saudara Waypenglee,

Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut:

i. subur  ii.  penuntut  iii.  sangat tenang sekali

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

 

 

 

Tatabahasa09.06.2009
otak yang cerah membolehkannya menjawab soalan dengan tenang. (Munsyi, adakah cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? TK banyak)Penggunaan perkataan cerah sesuai digunakan. Menurut Kamus Dewan, cerah merupakan kata kiasan yang bermaksud berakal dan cerdik. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cerah.Tatabahasa12.08.2013
maksud perkataan kalemMaksud perkataan kalem mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah "tidak terburu-buru atau tergesa-gesa, sabar, tenang". Perkataan ini ialah bahasa Indonesia Belanda.Makna04.10.2007
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
maksud perkataan kondusif? cth ayat : tempat saya bekerja adalah kondusif untuk melakukan kerja.Kondusif dalam konteks yang diberikan bermakna keadaan yang selesa dari segi tempat, peralatan, dan ruang, serta suasana kerja yang tenang.Makna18.09.2006
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan tangguh kerja anda. 2. Ibu bapa menjadi teladan kepada anak. 3. Wanita itu membeli sepasang telekung yang baharu. 4. Air tasik itu sangat tenang. 5. Kucing ini terjun dari bumbung rumah. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan adalah betul. Ayat pertama misalnya, betul dan lazimnya digunakan dalam ayat perintah.Tatabahasa28.09.2012
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda.

Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof.

Pak Ngah Balik

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Ahailah nampak bercahaya

Nampak bercahaya dengan serinya

 

Janganlah abang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Janganlah abang

Janganlah abang berhati bimbang

 

Hai adik pergi

Adik pergi tidaklah lama

Tidaklah  lama

 

Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'

 

 
Lain-lain26.03.2010
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
12

Kembali ke atas