Salam. Adakah boleh digandakan sebanyak dua kali perkataan gandaan di dalam satu ayat? Contoh: Baginda berangkat bersama sekalian pegawai-pegawai istana dan tentera-tentera berkuda untuk pergi berburu. | Baginda berangkat bersama sekalian pegawai istana dan tentera berkuda untuk pergi berburu. Mengikut Kamus Dewan perkataan "sekalian" di sini telah membawa makna semua(nya) atau segala. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
tentera veteran atau veteran tentera? | Tentera veteran | Lain-lain | 04.10.2013 |
Mana satu betul "serangan dari tentera Jepun" atau "serangan daripada tentera Jepun"? | Jawatan yang tepat ialah "serangan daripada tentera Jepun". | Tatabahasa | 01.12.2015 |
Walinong Sari Nov 28th, 10:25am apakah beda nya istilah askar dan tentera | Askar dan tentera merujuk jawatan yang sama. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=askar untuk maklumat lanjut. | Makna | 28.11.2014 |
apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim. | Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
Betul atau salah seketumbukan tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar terbitan DBP merakamkan ada penggunaan entri ketumbukan. Kamus Pelajar merakamkan ketumbukan sebagai sepasukan atau sekumpulan tentera bawah pemerintahan seorang mejar jeneral. Kamus Dewan pula merakamkan ketumbukan sebagai pasukan, kumpulan. Huraian dalam Kamus Dewan juga memberikan huraian ketumbukan tentera. | Tatabahasa | 10.03.2014 |
Salam..mohon pihak tuan menyemak apa2 kesalahan atau penggunaan bahasa pada ayat dibawah ini..terima kasih Majlis ini dihadiri oleh 350 tetamu yang terdiri daripada Kerabat Diraja, Pegawai Kanan Tentera, Tokoh Korprat , Pegawai Tentera dan para pesara daripada kedua-dua Kor. | Salam saudara, Penggunaan ayat di atas tepat. Namun sila betulkan ejaan pada perkataan 'Korprat' kepada Korporat | Lain-lain | 22.09.2012 |
Apakah perbezaan askar dan tentera ? Terima kasih... | Askar dan tentera merujuk individu yang sama (sinonim). | Istilah | 28.02.2009 |
ajutan | ajutan-pegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan pentadbiran | Makna | 28.06.2011 |
apakah makna dan istilah perkataan logistik | Mengkikut Kamus Dewan makna perkataan logistik ialah 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb | Makna | 03.06.2009 |