Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angkatan perang yg dilengkapi dgn kapal terbang dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk terma 'Elephant Walk' iaitu salah satu formasi yang digunakan oleh tentera udara?Kami mencadangkan elephant walk diterjemahkan sebagai "langkah gajah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah27.03.2022
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA.Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang.Tatabahasa03.05.2017
Assalamualaikum, Saya Kapten Ali Mohamad, Pegawai Media di Bahagian Perhubungan Awam TUDM. saya ingin mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat dari pihak tuan berhubung dengan penerbitan buku berkaitan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pejabat saya telah menerima permohonan dari seorang individu yang berhasrat untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku berkaitan kerjaya dalam pasukan TUDM. Penulis berkenaan telah memohon kebenaran dari pihak TUDM bagi menerbitkan buku tersebut. Untuk makluman pihak tuan, pengisian/kandungan buku tersebut adalah menjurus kepada maklumat/informasi yang ingin disampaikan kepada pembaca berkenaan kerjaya dalam TUDM yang boleh disertai oleh masyarakat malaysia. Kos penerbitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak TUDM ingin mendapatkan nasihat dari pihak tuan khususnya berkaitan perundangan, hak dan royalti bagi penerbitan buku tersebut.Lazimnya penerbit akan menyediakan suatu kontrak dengan penulis yang akan memperturunkan segala syarat dan terma penerbitan sebelum sesebuah buku itu diterbitkan. Kontrak atau perjanjian ini hendaklah dipersetujui bersama (penerbit dan penulis), ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disetemkan agar menjadi suatu dokumen yang sah dari segi undang-undang.

Hak dan tanggungjawab penulis dan penerbit akan termaktub di dalam kontrak yang disediakan.

Setiap buku atau karya yang diterbitkan akan diberi ganjaran oleh penerbit sama ada dalam bentuk honorarium atau bayaran royalti mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh penerbit yang berkenaan. Kadar peratus royalti untuk penulis dan kaedah bayarannya tertakluk pada dasar penerbitan penerbit tersebut.
Lain-lain16.10.2013
MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG'Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. Makna19.07.2021
1. Tentara udara itu membuat terjunan dari kapal terbang tentera. 2. Tentara udara itu membuat terjunan daripada kapal terbang tentera. Penggunaan "dari" dan "daripada", manakah satu ayat yang betul? Mengapa?

Encik Yong,

Frasa yang betul ialah dari kapal terbang, iaitu merujuk tempat. 

Tatabahasa10.03.2010
Tuan/Puan, Tolong beri nasihat sama ada PENGGUNAAN "DI" DAN "DI ATAS" dalam ayat-ayat berikut (saya cari dari korpus DBP) masih dikira betul dari segi tatabahasa sekarang? 1.Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut di masa hadapan. 2.Kertas So'alan ini akan termasok: (a) so'alan2 di-atas buku2 yang di-tetapkan. (243) 3.Lampu2 letrik yang terpasang di-atas kepala-nya itu pun terasa bagiru malap sa-kali, sa-hingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masok ... 4.hari sa-makin gelap bintang2 mulai timbul berkelip2 di-atas langit, udara sejok mulai menyelaputi rumah yang baharu sa-bentar di-alami oleh keganasan tentera facis-timor itu. 5. Dia berada di atas kapal/ Dia berada di dalam kapal? Sekian,terima kasih.Untuk mendapatkan contoh penggunaan ayat yang tepat hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku Tatabahasa Dewan (Edisi Sekolah Rendah). Korpus ialah rakaman data termasuk data lama dan mengekalkan bentuk kata dan ayat yang digunakan. Penggunaan ejaan, kata sendi nama "di" dan frasa "di atas" dalam contoh yang diberikan tidak tepat.

Ejaan dan ayat dalam contoh yang diberi telah diperbaiki:
1. Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut pada masa hadapan.
2. Kertas Soalan ini akan mengandungi: (a) soalan daripada buku-buku yang ditetapkan. 
3. Lampu elektrik yang terpasang di atas kepalanya itu pun terasa begitu malap sekali, sehingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masuk.
4. Hari semakin gelap bintang mulai berkelip-kelip di udara. Udara sejuk mulai menyelaputi rumah yang baharu sebentar diserang oleh tentera facis-timur itu.
5. Dia berada di dalam kapal.
Tatabahasa17.08.2015

Kembali ke atas