Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peraturan, hukum, andaian, pendapat, prinsip, hipotesis, idea, sintesis.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
Apa dimaksudkan dengan dialektik budaya dan apa contoh dialektik budaya ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

dialektik ialah kaedah menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat melalui perbincangan, perdebatan dan kajian, yang dibuat secara teratur dan dapat diterima akal.
Contoh penggunaan:
Epistemologi Barat bukan berdasarkan kias, sebaliknya berdasarkan dialektik.

budaya pula terbahagi kepada empat makna iaitu:

1. cara hidup yang meliputi cara berfikir, kepercayaan dan adat yang diterima serta diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat:

Contoh penggunaan: Kita hendaklah mengkaji budaya Melayu Islam yang sebenar.

2. keadaan atau tingkat kehidupan yang maju dari segi fizikal, mental dan rohani; peradaban; tamadun:

Contoh penggunaan: Masyarakat orang asli yang terdedah kepada ilmu dan teknologi kini sudah mempunyai budaya tinggi.

3. perbuatan dan tingkah laku yang menjadi amalan sesuatu kelompok orang atau masyarakat:

Contoh penggunaan: Budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara.

4. pelbagai jenis seni spt muzik, filem, karya sastera dan sebagainya yang dianggap penting dalam perkembangan tamadun manusia:

Contoh penggunaan: Ilmu silat ialah cabang budaya seni mempertahankan diri yang dapat menanamkan sifat mulia dalam kehidupan harian.

Untuk memperoleh maklumat yang terperinci bagi konsep dialektik budaya, sila ikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan sosial, kemanusiaan dan falsafah. Misalnya dalam Sosiologi, dialektik budaya dilihat dalam kajian perubahan sosial, konflik budaya dan globalisasi. 

Makna10.12.2024
APAKAH MAKSUD BAGI SASTERA,CERPEN,NOVEL,PUISIDAN DRAMA?

Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. 

Untuk makluman saudara tiada definisi umum yang konkrit tentang puisi moden (sajak).Sila rujuk pendapat yang dikemukakan oleh Za'ba, Muhammad Haji Salleh, William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge , Robert Frost, Braginsky dan Harun Mat Piah tentang takrif puisi. Misalnya, mengikut Coleridge, puisi ialah perkataan terbaik dalam susunan terbaik.Cerpen, novel dan drama ialah cereka rekaan yang ditulis dalam bentuk naratif. Secara umumnya takrifan cerpen ialah kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15,000patah perkataan, dan novel lebih daripada itu.Drama ialah prosa/puisi yang mengandungi dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.Antara komposisi drama ialah seni lakon/muzik/.

Lain-lain30.01.2008

Kembali ke atas