Penggunaan kata sendi nama bagi ayat-ayat berikut yang mana betul? a. Iklan ditampal di dinding- dinding bangunan atau dipasang di tepi tepi-tepi jalan. b. Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan. | Ayat yang lebih gramatis ialah "Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan." | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Slm. Ikan Paus Terdampar di Tepi Pantai (soalan : di tepi - tepi huruf kecil @ besar?) Tq | Huruf kecil. Yang lebih tepat "Ikan paus terdampar di tepi pantai". | Lain-lain | 03.04.2017 |
Bagaimana ayat yang betul bagi ayat ini: I. Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi-tepi jalan walaupun sudah larut malam. II. Strategi yang dilakukannya belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kutu rayau-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam. 2. Strategi yang dilakukannya masih belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.11.2018 |
MOHON MENDAPAT EJAAN SINGKATAN UNTUK PERKATAAN "KAMPUNG". SAYA SELALU MELIHAT EJAAN TERSEBUT SEBAGAI "KG" SAHAJA DI PAPAN TANDA TEPI-TEPI JALAN. | Singkatan bagi istilah kampung ialah kg. (perlu letak tanda titik) | Ejaan | 26.09.2016 |
Ali sekeluarga berkelah di __________. A pantai B tepi pantai C tepi laut | Ali sekeluarga berkelah di pantai/tepi laut. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Salam, Adakah ayat "Adik mandi di tepi pantai" betul? atau Adik mandi di pantai. | Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Frasa yang betul ialah "Adik mandi di tepi pantai" (merujuk laut, tepi pantai). | Tatabahasa | 07.08.2018 |
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang | 1. menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa 3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa | Lain-lain | 09.10.2008 |
bolehkan tuan menyatakan "berkelah di pantai atau berkelah di tepi pantai", yang mana betul? pantai atau tepi pantai. terima kasih. | Kedua-duanya betul dan perlu disesuaikan penggunaannya mengikut konteks ayat. Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Walau bagaimanapun, istilah tepi pantai juga betul jika merujuk perkelahan di tepi pantai. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Istilah manakah yang lebih tepat sama ada "berkelah di tepi pantai" atau "berkelah di pantai". Jika diikutkan jika berkelah di tepi pantai, laut sewajibnya berkedudukan di tepi pantai tersebut. Jadi, adakah berkelah di tepi pantai membawa maksud seperti berkelah dalam laut. Terma Kasih | Kedua-dua istilah tersebut betul. | Istilah | 30.10.2014 |
Jurukamera merakam video di tepi pentas. Adakah rangkai kata di tepi pentas sesuai digunakan? | Penggunaan perkataan di tepi pentas adalah sesuai digunakan. | Tatabahasa | 31.10.2016 |