Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana ayat yang betul bagi ayat ini: I. Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi-tepi jalan walaupun sudah larut malam. II. Strategi yang dilakukannya belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kutu rayau-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.

2. Strategi yang dilakukannya masih belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.11.2018
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang.Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.Tatabahasa17.04.2014
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang1menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa  3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa   Lain-lain09.10.2008
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih.Ayat majmuk yang tepat ialah  2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik"  tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik".Tatabahasa28.03.2015
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023
1. Di tepi tayar ada kucing. 2. Kucing ada ditepi tayar. soalan: Ayat di atas mana yang lebih sesuai?Kedua-dua ayat tersebut sesuai digunakan berdasarkan Tatabahasa Dewan tetapi perlu disesuaikan mengikut konteks dan pengunaannya. Tatabahasa28.11.2020
1. Kami berkelah di pantai. 2. Kami berkelah di tepi pantai. "di pantai" atau "di tepi pantai", mana satu yang betul?

Encik Yong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis.

terima kasih

Makna30.10.2009
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Saya bermandi-manda di tepi pantai. 2. Saya mengutip siput di pantai. 3. Saya berenang di tepi laut. 3. Saya berenang di laut. 4. Saya menyiram pokok bunga di halaman. 5. Saya menyiram pokok bunga di halaman rumah. (mengikut kamus dewan, halaman membawa maksud perkarangan rumah.) Terima kasih.1. Saya bermandi-manda di tepi pantai. Ayat ini kurang tepat kerana lazimnya perbuatan mandi-manda dilakukan beramai-ramai.
2. Saya mengutip siput di pantai. Betul.
3. Saya berenang di tepi laut. Ayat ini kurang tepat.
3. Saya berenang di laut. Betul.
4. Saya menyiram pokok bunga di halaman. Betul.
5. Saya menyiram pokok bunga di halaman rumah. Ayat ini juga telah mantap dan banyak digunakan dalam wacana.
Tatabahasa16.10.2014
Saya ingin tahu penggunaan perkataan yang mana betul : 1) Saya berkelah di tepi pantai, atau 2) Saya berkelah di pantai

Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis.

Lain-lain02.11.2010
ayat yang manakah yang betul? 1. Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang.Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan/puan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa?

Ayat yang betul ialah ayat kedua:  Saya menemui kucing itu di tepi longkang.
Makna17.04.2014
12345678

Kembali ke atas