Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw lapuk (kayu dinding rumah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (tépok) lumpuh disebabkan oleh sesuatu penyakit (kaki, tangan): adapun Bendahara Paduka Tuan itu telah tualah, giginya pun habis, kaki pun telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (tépok) II Jw; tipu ~ Mn berbagai-bagai tipu daya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tépok/ lumpuh (biasanya tangan atau kaki) disebabkan oleh sesuatu penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepok (kata kerja)
Bersinonim dengan lumpuh, lemah, mati badan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat

Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini.

Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP:  
tepuk1

kata nama

1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi:

Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian.

2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:

Contoh:
a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ.
b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya.

3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan:

Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya.

4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat.

kata kerja transitif

5. lihat menepuk.

Makna12.01.2025

Kembali ke atas