1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ? | 1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air. 2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan. 3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia). | Tatabahasa | 04.05.2011 |
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey | 1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadih | Ejaan | 26.06.2013 |
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih! | 1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
Selamat pagi. Aadakah penggunaan "ialah" betul dalam ayat-ayat di bawah? Terima kasih. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib. | Penggunaan kata pemeri “ialah” dalam contoh ayat tersebut betul. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut. 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib. | Tatabahasa | 12.04.2022 |
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???" | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. | Tatabahasa | 03.06.2013 |
Assalam Saya ingin mendapatkan terjemahan yang betul untuk perkataan berikut 1. Hi Protein Unbleached Plain Wheat Flour 2. Hi Protein Unbleached Whole Wheat Flour Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Hi Protein Unbleached Plain Wheat Flour" dan "Hi Protein Unbleached Whole Wheat Flour". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Tepung Gandum Biasa Tanpa Pemutih Protein Tinggi dan Tepung Gandum Lengkap Tanpa Pemutih Protein Tinggi. | Istilah | 08.04.2014 |
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda. | 1. (b) manisan. 2. (c) ditemui. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang. | Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. | Lain-lain | 04.11.2010 |
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan. | Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut: 1" rules="all" cellspacing="4" cellpadding="4"> Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain. | Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning. | Makna | 14.08.2017 |
salam tuan, apakah makna perkataan 'caras' dipetik daripada akhbar mingguan malaysia 8/5/12 ruangan pancaindera | Untuk makluman tidak ada perkataan "caras" dalam bahasa Melayu. Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah karas yang bermaksud 1. sejenis tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis. 2. sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, karas-karas, kekaras. | Makna | 08.04.2012 |