Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter baharu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
betulkah penggunaan baharu dan baru telah berubah? bagaimanakah penggunaan kata penguat 'sekali' digunakan? setahu saya , tidak boleh ada dua kata penguat dalam satu frasa adjektif tetapi ada pula orang yang kata sesetengah kata penguat boleh menggunakan sekali di hujungnya. sekian, terima kasih.

Perkataan baru atau baharu adalah sama. Yang membezakan perkataan ini ialah baru merujuk kepada 'just'. Misalnya baru sampai. Baharu merujuk kepada 'new'. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut; 1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama. 2. ter + kata adjektif. 3. paling + kata adjektif. 4. kata adjektif + sekali. 5. ter + amat, sangat + adjektif. 6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 245.

Tatabahasa12.10.2008
Tuan, saya hendak menanyakan ayat songsang. Adakah ayat-ayat di bawah ini ialah ayat pasif susunan songsang? 1. Elok dibezakan penggunaan "baharu" dan "baru". 2. Dalam laman web rasmi ini, mesti digunakan bahasa bahasa Melayu. Adakah ayat-ayat di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (3) dan ayat (4) di bawah? 3. Penggunaan "baharu" dan "baru" elok dibezakan. 4. Dalam laman web rasmi ini, bahasa Melayu mesti digunakan. Saya selalu melihat penulis suka menggunakan ayat pasif susunan songsang yang mengandung kata kerja berawalan di- ini seperti dalam ayat-ayat contoh di atas. Bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Adakah ayat (5) di bawah ini ayat pasif susunan songsang? 5. Dipersilakan saudara Ali untuk membaca doa. Ayat (5) selalu digunakan dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolah saya. Adakah ayat (5) di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (6) di bawah ini? 6. Saudara Ali dipersilakan untuk membaca doa. Sekadar ingin tahu. Terima kasih tuan!

Ayat aktif terdiri daripada:  Frasa Nama + Frasa Nama

                                                 Frasa Nama  + Frasa Adjektif

                                                 Frasa Nama + Frasa Kerja

                                                 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

 

Ayat pasif pula  ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.

 

Ayat songsang pula apabila keempat-empat bentuk ayat aktif di atas diterbalikkan, iaitu Frasa Nama, Frasa Adjektif, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama yang berperanan sebagai pradikat atau keterangan ayat menjadi pemula ayat atau dikehadapankan sebelum objek.

 

Contoh:  Ayat aktif: Anjing itu mengejar kucing.

                 Ayat pasif:  Kucing itu dikejar anjing.

                Ayat pasif songsang: Dikejar anjing kucing itu                       

      

Contoh: Ayat aktif: Adik saya comel. 

                Ayat pasif : (Ayat ini tidak boleh menjadi ayat pasif kerana ayat pasif hanya bagi ayat yang  mengandungi kata kerja.)

                Ayat songsang: Comel adik saya.

 

Bagi ayat pertama dan kedua, memang betul ayat tersebut ialah ayat pasif susunan songsang daripada contoh ayat ketiga dan keempat. Begitu juga dengan ayat lima merupakan ayat pasif susunan songsang daripada ayat keenam.  Terima kasih.

Lain-lain25.11.2014
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.

1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu.  2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara.  3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur.  4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 

5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu  hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal.

6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan.  7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.

Tatabahasa18.12.2008

Kembali ke atas