| 1. Adakah frasa "amat terkenal sekali" adalah betul? sebab imbuhan Ter- dan "sekali" telah membawa maksud darjah penghabisan, tetapi wujud "amat terkenal sekali" dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 ms 32. 2. adakah kata penguat bebas boleh hadir serentak dalam ayat yang sama? contoh, "sungguh amat penting" betul atau salah dari segi tatabahasa | Frasa yang betul ialah “amat terkenal” atau “terkenal sekali” dan "sungguh penting" atau “amat penting”. Kata penguat bebas tidak dapat hadir serentak dalam satu ayat.
| Tatabahasa | 23.05.2023 |